Thursday, September 17, 2009

Combi Yang Saya Sayang Selalu ...

Salam Buat Awak,



1) Meow Meow rasa bertuah kerana ada Combi sebagai 'dia' yang disayangi lagi diingati selalu.

2) Meow Meow rasa semakin lama mengenali Combi, semakin kukuh kepercayaan diri ini bahawa Meow Meow dan Combi semakin dekat di hati dan rapat di pemikiran.

3) Meow Meow bangga ada Combi, Meow Meow tahu betapa bertuahnya diri ini kerana Combi rela hati menerima diri ini seadanya.

4) Meow Meow rasa bertuah kerana Combi amat pandai memasak. Bukan mudah untuk mencari gadis muda awal 20an yang tahu serba-serbi kerja di dapur. Bertuahnya Meow Meow !

5) Meow Meow rasa bertuah kerana Combi tidak lupa pada ajaran agama. Kita saling mengingati tentang solat, saling memerli siapa yang lambat tunaikan kewajipan agama itu dan saling berdiskusi tentang isu-isu amalan kelakuan juga bacaan yang sebaiknya dalam urusan menghadap Tuhan itu.

6) Meow Meow dapat rasakan betapa Combi sentiasa setia menjadi pendengar kepada segala apa yang Meow Meow ingin luahkan. Combi tak pernah menunjukkan rasa bosan kepada setiap bebelan dan rungutan Meow Meow. Combi cukup istimewa di hati Meow Meow !

7) Meow Meow gembira kerana setiap percubaan untuk menenangkan perasaan Combi sewaktu jiwa Combi dihantui masalah, rasa resah dan kegeraman terhadap sesuatu sentiasa berjaya, segalanya kerana limpah kurnia Tuhan Yang Maha Kuasa yang selalu menganugerahkan Meow Meow dengan sedikit keupayaan untuk menjadi sang penenang jiwa juga 'si Penghibur' buat Combi.

8) Hidup ini menjadi meriah dan bermakna apabila kita mengenali dan memiliki seseorang yang bijak memvariasikan suasana penitian 'perjalanan' bersama.

9) Tanpa perlu berpegang tangan dan menunjuk-nunjuk kepada persekitaran, kisah cinta Meow Meow dan Combi tetap mekar malah semakin hari semakin indah dan penuh ceritanya. Makin lama Meow Meow dan Combi melayari kisah ini, semakin banyak cerita yang belum sempat kita kongsi bersama. Setiap hari pasti ada sesuatu yang boleh kita kisahkan, saling berfikir juga saling meneliti. Kadang-kadang kita menjadi sedih dengan cerita-cerita itu, kerap juga kita tertawa bersama-sama dan selalu sangat kita mengakhiri kisah-kisah itu dengan 1001 pengajaran dan tauladan yang tersendiri buat pedoman di masa hadapan.

10) Meow Meow berikrar bahawa Meow Meow tidak mengharapkan sesuatu yang lebih daripada Combi kerana apa jua yang sedia ada kini telah cukup membuatkan Meow Meow insaf betapa Tuhan telah temukan Meow Meow dengan seorang gadis yang serba bersederhana, manis di pandangan, jujur kelakuannya, modennya berlandaskan budaya yang mulia dan tidak lupa kepada adat tradisi Melayu juga keagungan Islam yang dijunjung sentiasa.

Neba2020: Buat Combi, Meow Meow ucapkan SELAMAT HARI JADI yang ke 22. Meow Meow tidak pandai mengucap kata cinta tetapi Meow Meow tahu bahawa Combi begitu istimewa di hati ini. 'Ada satu ruang di hati ini yang kukuh tersedia buat dirimu selamanya sayang.'

6 comments:

izzahmeor said...

Salam sir..

tatkala baca entry sir yang satu ni, saya rasa cukup teruja.. bukannyer ape, ini pertama kali saya "jumpa" "kembar" saya - lahir pada tarikh yang sama, pada tahun yang sama..(walaupon pada hakikatnya, pasti beribu-ribu lagi "kembar" saya diluar sana, tp saya xjumpa2 pon..:P)

Rasa cukup bertuah AWAK a.k.a COMBI sir tuh..saya doakan smoga sentiasa berbahagia dan berkekalan selamanya!

kepada AWAK a.k.a COMBI, selamat hari lahir yang ke-22! smoga sentiasa dimurahkan rezeki n hepi2 slalu..:)

p/s:boleh saya menumpang kegembiraan ni?doakan saya juga..trimas...:)

Muhammad Hazimin Wahab said...

Izzah, saya dah jumpa kembar saya 4 July di Cyber :) ....

Oh ya, pada tuan Blog, kenapa panggil meow meow yer ? hehe... lepas tu, kenapa pula combi.. biasanya org utara (keturunan mamak) shj memanggil combi..... seingatnya.... org tu, bukan org utara (atau mungkin org utara yg dah berhijrah ) ....

Bersetuju dgn Moew Meow, lafaz cinta tidak semestinya berbunga-bunga. Biar simple & tepat. Apa guna romantisnya panjang lebar, tapi... intipatinya hanya sekadar di bibir !

Anonymous said...

kalau nak munge jugak ..tak ble ke???

Anonymous said...

bile nak kahwin ni?jgn tunggu lama lama,nanti diambil orang.

Anonymous said...

kawen nanti jgn lupe jemput ekh..:P..nak kad besar 2 ekh bagi highlight sket...

mazneeta86 said...

slm sir..sungguh romantik, n tersentuh ati ketika membaca coretan "Combi yang saya sayang selalu" hasil karya penulisan sir ni...semoga x lme lg, jgn lupe jemput sy mkn nasi minyak sir ye..semoga bahagia n diberkati..ameen..