Tuesday, September 15, 2009

Balik Raya: Kampung Isteri, Kampung Suami ....

Salam Buat Semua,

1) Bagi yang sudah berkahwin, isu balik kampung siapa untuk menyambut Hari Raya semestinya menjadi perkara penting yang tidak boleh dipandang sewenangnya.

2) Ada yang mengamalkan konsep bergilir, tahun ini di rumah sebelah suami dan tahun hadapan pula di rumah keluarga si isteri pula.

3) Ada kes istimewa di mana suaminya orang Johor manakala isteri pula orang Kelantan, tiada giliran sebegitu rupa kerana ketetapan dibuat secara senang hati iaitu Hari Raya Puasa disambut di Johor manakala Hari Raya Haji diraikan di Kelantan. Maklumlah, sambutan Hari Raya Haji di Kelantan cukup meriah dan tiada rugipun sistem 'bergilir' sebegitu rupa diamalkan.

4) Tahun ini saya dikhabarkan yang abang tunggal (adik-beradik tunggal) akan menyambut Hari Raya pertamanya sebagai seorang suami di kampung isterinya di Terengganu.

5) Encik (ayah) tidak membantah dan tidak juga 'menunjuk perasaan' kepada Abang. Emak pula yang memang tidak banyak kerenahnya semestinya tidak akan mengeluarkan sebarang ketidakpuasan hatinya.

6) Encik saya juga seorang manusia biasa. Sewaktu dia memberitahu saya bahawa Abang akan menyambut Raya di Terengganu, muka Encik jelas terpancar rasa sedih dan saya nampak air matanya cuba ditahan-tahan daripada keluar. Dia tidak mahu saya nampak yang dia bersedih !

7) Keluarga saya amat kecil dan sistem penggiliran di musim Hari Raya tidak semestinya membawa kebahagiaan kepada diri ini. Perasaan ibu dan ayah yang memiliki ramai anak adalah sama sekali tidak akan sama dengan mereka yang memiliki anak yang kecil bilangannya apabila seorang daripada anaknya tidak dapat bersama-sama menyambut Hari Raya.

8) Andainya saya sudah beristeri kelak, mana mungkin saya mampu merelakan Encik dan Emak saya menyambut malam Raya berdua sahaja.

9) Biarlah orang kata saya zalim atau awal-awal lagi sudah merancang untuk bersikap seperti 'diktator' kepada isterinya kelak. Saya tidak kisah dan saya tahu kenapa saya 'terpaksa' berfikir sebegini.

10) Saya tidak akan memaksa sesiapa tetapi dia yang mahu menerima saya sebagai suaminya kelak haruslah menerima ketetapan juga bahawa selamanya sambutan malam Raya dan dua hari raya yang berikutnya adalah di sebuah kampung yang bernama Kampung Alai, Segamat, Johor.


neba2020: Tuhan, hikmahMu kupohon dan hanya Engkau jua yang mampu memudahkan segalanya dan percaturan juga ketetapanMu jua yang akan menyinari kebahagiaanku kelak ....

9 comments:

Anonymous said...

kejam sey! lambat lagi la ko nak kawen fendi... ehehehe

Helmy Ahmad said...

kejam tak kejam...

kalau kita hanya mempunyai bilangan adik beradik yang amat kecil bilangannya seperti Fendi malah saya juga, kita terasa seperti sesuatu yang tiba-tiba tiada... Tetapi lama-kelamaan andai kata mempunyai anak saudara kelak (yang mungkin bilangannya tak terkira), maka mungkin perasaan 'ketiadaan' itu ghaib dengan sendirinya dan jikalau anak-anak saudara tersebut pula mempunyai kelakuan yang 'luar biasa' lagaknya, perasaan itu tidak akan hadir langsung malahan 'KALAU TAK BALIK PUN TAK APE.... EHEHEHE...". Pengalaman mendewasakan kita... Trust me...!!!

z'kea m.s said...

Jangan macam tu Fendi... kena bersikap adil pada keluarga mertua juga. Ramai atau sedikit bilangan adik-beradik, bakal isteri saudara juga ada tanggungjawab pada keluarganya. Hati dan perasaan keluarga mertua juga perlu dijaga...

Perkahwinan kan menuntut pengorbanan dan kebersamaan, jangan biarkan hanya satu pihak berkorban... dalam jangka masa panjang nanti buruk padahnya..

Muhammad Hazimin Wahab said...

no comment :)

wardinaJ said...

kalau pihak isteri pon adek beradek 2, 3 orang jer, alamat tak balik raya lah korang. ahahaha!

stschin said...

haha Fendi, giliran kamu belum tiba lagi! Manalah tau dimananya letak bakal isteri kamu. Mungkin cuma sebelah belah sahaja!

Tapi pasal menyambut hari perayaan, kami pihak wanita kena berundur. Hari pertama sememangnye di rumah lelaki kemudian hari kedua di rumah perempuan. (Tak leh langgar undang undang ni! :-) )

Anonymous said...

hey babe!chill la..ko xkawen dh tetap rules mcm2.ko tau x istilah adil tu hape?ko nak jd ktua kluarga tp xfaham adil tu hape.baek xpyh kawen babe!ati n prasaan org lain kne jge jgk.bkn ko sorg ade mak bpk.if xadil ko jln kat akhirat bahu senget dol!!ko dh bsar,bley pk pjg.ptt ko lg matang.sorry 2 say,but truth really hurts.ko mmg kjam!!

Anonymous said...

aiii..alamatnyee tak kawen la ko ni wuii,
mane ada pompuan leh terima
tapi kalau ada,aku respek lah kat ko.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Terima kasih di atas komentar yang diberikan.

Seperti diduga, lebih banyak yang akan tidak bersetuju dengan 'keputusan' tersebut, saya menjangkakan majoriti wanita semestinya amat tidak bersetuju.

Apapun, kita boleh berdoa kepada Tuhan dan segalanya akan dipermudahkan andai niat dan perancangan yang sebaiknya dilakukan.

Baik juga kita renungkan betapa banyak anak-anak pada hari ini yang sudah berkahwin SUNGGUH BERAT SEKALI untuk berkorban melawat si ayah mahupun ibu sekerap yang boleh. Jangan pula apabila musim Hari Raya, perkahwinan dan kematian sahaja yang 'MENARIK' kita untuk pulang ke kampung halaman.