Friday, May 8, 2009

Melayu Sudah Terlebih Berpolitik ?

Salam Buat Semua,

1) Melayu layak kita berikan gelaran unggul sebagai jaguh terbilang politik di Malaysia.

2) Kejaguhan bangsa Melayu berpolitik kelihatannya 'bertambah-tambah' di zaman Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

3) Melayu cukup 'gah' dengan ideologi-ideologi politik yang berbeza. Ada Melayu UMNO, Melayu PAS dan Melayu PKR. Segelintir Melayu 'pelik' pula ada yang menyokong sekaligus menjadi ahli kepada DAP, Gerakan dan PPP. Di Sarawak, Melayu banyak yang berada di bawah 'bendera' Parti Pesaka Bumiputera (PBB), kembar UMNO sejak berzaman.

4) Atas nama politik, Melayu mampu membuat apa sahaja. Melayu sanggup berpanas, berhujan, menjadi 'hantu,' hilang suara, berarak berbatu-batu dan membaling batu umpama pakar rejaman di Olimpik. Semuanya sanggup atas nama kepercayaan politik.

5) Program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) di dalam Bahasa Inggeris yang telah bermula sejak awal tahun 2003 tiba-tiba menjadi panas setelah lebih 5 tahun diguna-pakai. Unsur-unsur politik 'dipercayai' telah 'meresap' untuk memanipulasikan isu tersebut.

6) Akibat daripada idea 'Kerajaan Perpaduan' di antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang dicetuskan segelintir kepimpinan tertinggi PAS, golongan 'Erdogan' yang dilabelkan sebagai professional bukan aliran ulamak telah 'terasa hati' lantas mula menyuarakan rasa betapa sudah sampai masanya jawatan tertinggi parti iaitu Presiden dan Timbalan Presiden 'dibuka' kepada mereka. Komuniti 'Erdogan' di dalam PAS secara terang lagi bersuluh kelihatannya cukup 'setia dan percaya' kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga pemikiran mereka juga seakan sedikit liberal berbanding dengan tema unggul PAS selama berpuluh tahun iaitu 'Kepimpinan Ulamak.' Perbalahan di dalam PAS ini mendapat perhatian ramai, bukan Melayu juga memerhatikannya dengan penuh tumpuan. Melayu PAS sudah ada yang menolak ulamak?

7) Krisis politik di Perak seakan tiada jalan penamatnya sejak Februari 2009. Dewan Undangan Negeri yang dibentuk oleh jumlah seimbang ahli-ahli Yang Berhormat seramai 28 orang di pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat dan 3 anggota bebas yang berpaling tadah daripada pakatan DAP, PKR dan PAS kelihatannya cukup dramatik dan panas sentiasa. Melayu seakan bertarung dengan Melayu. DAP yang sebenarnya 'berkuasa' di sepanjang setahun Pakatan Rakyat berkuasa selepas Pilihanraya Umum 2008 kelihatannya tidak pula mengerah penyokongnya 'bermati-matian' mempertahankan kedudukan kerajaan 'setahun jagung' itu. Melayu PAS khasnya dan Melayu PKR amnya jugalah yang sanggup melakukan apa saja demi 'survival' pakatan itu.

8) Perak sejak Februari 2009 seperti 'mempunyai' dua orang Menteri Besar. Kem Datuk Seri Ir. Mohd. Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir saling salah-menyalahi. Ke dua-duanya penuh taktikal, kelihatan yakin dan tidak gentar dengan sebarang tindakan pihak lawan ! Melayu PAS dan Melayu PKR nampaknya 'bersusah payah' berdemonstrasi dan berjerit-pekik. Melayu UMNO juga tidak kurang hebatnya menangkis segala hujah dan lolongan rakan-rakan sebangsa mereka di pihak PAS dan PKR.

9) Melayu UMNO juga baru 'kebah' daripada proses Pemilihan UMNO 2009. Melayu UMNO di sesetengah negeri juga sedang 'pening dan loya' sedikit. Kehairanan ramai kepada keupayaan Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda walaupun telah diberi amaran awal akan penglibatannya di dalam politik wang semestinya penuh berasas. Adakah perwakilan Pemuda UMNO itu banyak yang 'korup' dan 'kotor' ? UMNO Terengganu pula 'bising' dengan kewujudan puak Datuk Seri Idris Jusoh dan Datuk Ahmad Said. UMNO Perlis yang tidak padan dengan saiznya itu pula 'riuh' dengan kewujudan kem Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu.

10) Nampaknya, Melayu memang sudah terlebih berpolitik !

Neba2020: Terlebih-lebih kadang-kadang bahaya kerana apabila kita terlebih-lebih dalam satu perkara, maka kita pula yang akhirnya rugi di dalam satu perkara yang lain. Lebih teruk apabila kita yang terlebih-lebih dalam memperjuangkan sesuatu yang akhirnya kita pula yang rugi dan mereka yang tidak perlu terlebih-lebih itu pula yang mendapat kesan untung. Alahai Melayu ....

5 comments:

Unknown said...

dah dari kecik disuruh dengar ceramah politik.

topengsakti® said...

politik dan agama tak dapat di pisahkan...berpolitik lah cara islam
marilah kita duduk dalam jemaah islam

izzahmeor said...

sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam setiap perkara..
itu yang di ajar nabi kan..?
:)

Anonymous said...

mmg la lepas 5 tahun baru nak jadi isu..kiter mesti lihat dulu perkmbgn pelajar,boleh tak diorg bawa... dari segi keterabaian bahasa melayu juga dsb...bukan main tentang jee...kami tentang mesti ade sebab..ni la dia bila da dibasuh dgn org BN ..isk2 takbir!!! Nizar dah diputuskan oleh mahkamah sbg MB yang sah...ape pula alasn en .fendy yg mcm biasa utk pertahankan UMNO-BN tu?

Anonymous said...

Nizar Menteri Halal! Zambry Menteri Haram! Haram tahap najis mughallazah ni (Hehe..sambung balik study exam dah dekat huwaaa:(()

-Kerol budak yang tension nak exam-