1) Saya dipinang oleh seorang gadis ! Sungguh ganjil mimpi yang satu ini ! Tidak pernah terlintas langsung yang saya akan 'dipinang' oleh sesiapa kerana kebiasaannya lelakilah yang wajar melakukannya.
2) Saya tersedar, jam menunjukkan pukol 3.30 pagi rupanya. Sempat terfikir tentang mimpi seketika tadi. Kelakar ada, pelik ada !
3) Hujan berderaian di luar rumah, lama sungguh bumi Melaka tidak disimbah hujan. Syukur ! Mata tertutup semula.
4) Saya kehairanan kerana berada di sebuah universiti awam. Saya melalui satu bilik pejabat yang tertera tanda nama berbunyi ' DR. NOOR EFFANDI AHMAD' dan di bawahnya pula tertulis ' TIMBALAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN PERNIAGAAN.' Saya pantas terfikir, 'Bila pula aku jadi Doktor, macam mana pula aku kerja kat sini, peliknya.'
5) Seketika kemudian, mimpi itu terus tamat dan saya tersedar. Jam sudah mencecah angka 6 pagi, waktu untuk menunaikan solat Suboh.
Neba2020: Mimpi kadang-kadang ada yang indah dan ada yang menakutkan. Ada juga mimpi yang pelik lagi ganjil dan ada juga mimpi yang kelakar juga melucukan ....
6 comments:
Ade kebarangkalian di situ
Kadang-Kadang Mimpi akhirnya bertukar menjadi kenyataan, walaupun pada prinsip diri kita jangan terlalu mempercayai mimpi boleh mengawal masa depan dan peraturan kehidupan kita... Yang elok kita tauladankan, yang buruk kita elakkan...
saya sokong jika Fendi dipinang gadis drpd Pantai.... (opssss....)
mimpi samada baik atau buruk, tak elok diceritakan pada orang lain..
kalo ko mimpi basah ke, ko citer , pasti blog ko akan bertambah reader nya hingga 300%
Salam,
Buat Noor:
1) Kisah mimpi banyak terdapat di dalam Al-Qur'an
2) Banyak juga alim ulamak yang bersedia untuk membuat penafsiran mimpi-mimpi
3) Banyak juga kitab-kitab yang ditulis tentang mimpi.
why not..good tidings of things to come insyallah sir..you will always b in my thoughts and prayers.. :)
bst regards,
palajar brunei.. ;)
Post a Comment