Tuesday, May 12, 2009

Mohd. Nizar MB Yang Sah !

Salam Buat Semua,

Terkini:

" Mahkamah Rayuan di Putrajaya (Menjelang tengahari, 12 Mei 2009) membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Mohd. Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Selaras dengan itu, Dr Zambry Abdul Kadir akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga kes rayuannya didengar. "


Artikel Asal:

1) Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (11 Mei 2009) memutuskan bahawa Mohd. Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar (MB) Perak yang sah sekaligus menidakkan 'perlantikan' Dr. Zambry Abdul Kadir oleh Paduka Seri Sultan Perak kira-kira 3 bulan lepas.

2) Keputusan mahkamah itu perlu dihormati dan tidak perlu disangsikan.

3) Ada pemberi komentar di weblog ini (lihat komentar topik sebelum ini) merasakan bahawa saya akan tetap 'mempertahankan' Dr. Zambry dan menafikan keputusan mahkamah.

4) Mungkin itu adalah sikap majoriti penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang sebenarnya tidak perasan bahawa mereka adalah golongan yang sentiasa tidak 'adil' pada keadaan.

5) Jika keputusan mahkamah tidak sekata dengan keinginan mereka, mahkamah akan dikatakan tidak berlaku adil, telah dipengaruhi oleh kepimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dan hakim telah 'dibeli.'

6) Sebaliknya, jika keputusan mahkamah memihak kepada kemahuan mereka, pastilah kata-kata seperti 'Zambry MB haram,'Reformasi,' 'Ketuanan Rakyat' dan seumpamanya akan dilaungkan. Malah, segelintirnya ada pula yang tergamak melaungkan kata-kata kebesaran Tuhan. Sungguh tidak sopan lagi kehilangan hikmah.

7) Adakah keputusan seperti ini akan menyebabkan penyokong PR merasakan bahawa mahkamah telah berlaku adil, BN sememangnya tidak mempengaruhi keputusan pengadilan dan para hakim adalah bersih daripada pengaruh politik ?

8) Mohd. Nizar berjaya menjadi MB 'semula' setelah hampir 100 hari 'berehat.' Interpretasi undang-undang sememangnya sukar untuk difahami. Tindakan Paduka Seri Sultan Perak 'melantik' Dr. Zambry juga 'seakan tidak silap' kerana jelas Mohd. Nizar sudah kehilangan sokongan majoriti di kalangan Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Malangnya, BN di awal Februari 2009 kelihatannya sedikit gelojoh untuk berkuasa sekaligus terus datang menghadap Sultan untuk membentuk kerajaan negeri yang baru. BN sewajarnya sedikit bersabar dengan menunggu untuk menjatuhkan Mohd. Nizar melalui persidangan DUN. BN tidak perlu gelojoh seperti taktik Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan '16 September 2008' kerana nyatalah orang gelojoh akan sentiasa rugi !

9) Kedudukan Mohd. Nizar selepas ini sebenarnya tetap tidak selamat. Apabila DUN Perak bersidang semula, pastinya undi tidak percaya kepada dirinya sebagai MB akan dibentangkan dan beliau akan 'hilang' jawatan tersebut dengan undian menyokong usul daripada 31 ADUN (BN dan Bebas) berbanding 28 ahli-ahli Yang Berhormat di paksi PR yang menolak usul tersebut. Nampaknya, Dr. Zambry pasti akan 'menjadi' MB semula (secara sah !) dalam masa terdekat ini.

10) Mohd. Nizar tiada pilihan, dia terpaksa bergantung harap kepada ihsan Paduka Seri Sultan Perak supaya memberi perkenan untuk DUN Perak dibubarkan sekaligus membuka ruang kepada sebuah Pilihan Raya Negeri. Andai PR menang, Mohd. Nizar terus menjadi MB dan andai BN dipilih secara majoriti maka sekurangnya Mohd. Nizar akan 'pencen' sebagai MB secara terhormat. Paduka Seri Sultan pula mungkin mempunyai tafsiran akan tidak perlunya pilihan raya diadakan kerana pada hemat Baginda, ada parti yang sedang menguasai sokongan majoriti ahli-ahli DUN wajar membentuk pemerintahan kerajaan negeri.

Neba2020: Kegiatan politik terus aktif, pengurusan hal ehwal rakyat bagaimana pula? Rakyat semakin terdedah dengan ilmu kehakiman dan undang-undang, ilmu moral dan pengurusan ekonomi telahkah terdedah juga ?

4 comments:

wira internet said...

Untuk mengusulkan undi tidak percaya perlu mendapat kebenaran speaker terlebih dahulu. Saya kira ramai masih ingat bagaimana Pandikar Amin Mulia menolak usul Datuk Seri Azizah untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap bekas perdana menteri, Tun Abdullah Badawi di parlimen?

Daripada membuang masa berpolemik, baik DUN dibubarkan supaya kita boleh mendapat jawapan dalam masa tersingkat(pengundian hanya memerlukan masa kurang daripada 24 jam) dan selepas ini, tiada siapa, BN mahupun PR, yang boleh mempertikaikan lagi pilihan pengundi Perak.

Mahu tidak mahu, kita terpaksa menerima hakikat bahawa sultan sekarang mempunyai peranan yang kecil dalam demokrasi dan politik.

Anonymous said...

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah <--- Tak sampai sehari keputusan Mahkamah terus dah kena bounce balik..Kalau bukan power PM sapa lagi yang mampu wat camni.. Hahaha.. Best tol belajar law kat Malaysia.. Unik.. Harini keputusan A, esok keputusan B... Sekali kena jegil dengan PM, menggigil Hakim hahaha..

-Kerol yang baru start nak study lepas lunch-

fendy_ahmad said...

Salam,

Tiada komen daripada saya tentang kebenaran untuk penangguhan keputusan tersebut oleh mahkamah.

Sepertimana saya yakin kepada kewibawaan Paduka Seri Sultan Perak selaku bekas Ketua Hakim Negara dalam 'menginterpretasi' undang-undang, begitu jualah saya yakin kepada kredibiliti Hakim Mahkamah Tinggi yang mengesahkan Mohd. Nizar selaku MB.

Selagi ada peruntukan undang-undang dan ada ruang untuk sebarang permohonan dibuat, maka tiada yang mustahil boleh diinterpretasi oleh mereka yang bergelar hakim yang sewajarnya arif itu.

Muhammad Hazimin Wahab said...

mungkin kerol bukannya wira internet ?

hanya khairol & fendy yg mengetahui...