Wednesday, May 6, 2009

Dulu, Emak Susukan Aku .....

Salam Buat Semua,

1) Coretan di bawah bukanlah hasil idea saya tetapi dikirimkan secara mel elektronik berantai (forwarding e-mail) oleh seorang rakan (terima kasih buat Ahmad Helmi di Pulau Pinang).

2) Ayat-ayatnya cukup berhikmah, penuh dengan keikhlasan untuk sama-sama kita renungi dan insafi.

3) Kadang-kadang kita terlupa bahawa kita tidak cukup adil kepada ibu sendiri kerana kita terlebih-lebih mementingkan 'yang lain' di sepanjang proses pendewasaan diri juga pematangan diri.

4) Kadang-kadang nilai ingatan kita kepada ibu hanya tertumpu kepada kiriman wang, doa daripada kejauhan dan kata-kata hormat sahaja.

5) Kita lupa bahawa nilai sentuhan dan nilai layanan seorang anak itulah yang paling dinanti-nantikan oleh sesiapa jua yang bergelar ibu.

Orang kata aku lahir dari perut mak.. (bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17..00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Neba2020: Carilah dan ciptalah detik-detik waktu bersama sang ibu. Raikan setiap detik bersama ibu dengan keceriaan, kebahagiaan dan keikhlasan yang maksima. Detik-detik itu tidak akan kekal selamanya dan tidak terjamin akan dapat diulangi di kemudian waktu nanti .....

9 comments:

Noor Ashraaf said...

sayangilah mak, mak, mak dan kemudian ayah :D

Anonymous said...

Kita selalu mengadakan perayaan ulng tahun kelahiran... berseronok dan bersuka ria.. tetapi pernahkah kita terfikir betapa pengorbanan ibu dalam melahirkan kita, mempertaruhkan nyawanya dalam melahirkan kita? jadi siapa patut diraikan... kita atau IBU?

kakak tua said...

Ramai orang sekarang ni, jangankan nak jaga Mak, Mak minta tolong dalam rumah pun tak mahu buat. Alasan kononnya sibuk dengan kerja/peperiksaan/etc atau penat.

Dan lagi satu - kenapa kita perlu tunggu satu hari(mother's day) dalam setahun untuk memasak untuk ibu atau membawa ibu melancong / shopping? kenapa tak boleh buat perkara tersebut dengan lebih kerap lagi?

mohamad said...

salam..

Sir,sy nk mntk izin copy paste entry ni boleh?

jart said...

ending part entry sir ni sama mcm 1entry dlm blog sy. alkisah pasal upah tu..wuwuwu

fendy_ahmad said...

Salam,

Terima kasih pada semua yang membaca 'entry' ini dan kepada yang meninggalkan komentar: Saya yakin anda adalah contoh anak-anak yang cukup menghargai lagi kasihkan ibu kalian :)

Buat Mohamad : Yang baik apa salahnya dikongsi bersama :)

Helmy Ahmad said...

Kepada Fendy,

Mungkin kamu telah 'tertinggal' beberapa baris ayat pada bahagian terakhir 'entry' ini.

Oleh itu izinkan saya untuk menambah ayat-ayat yang tertinggal itu

'Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,
"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
"..... '
Sekian.....

topengsakti® said...

mak tidak mengharap apa2 dari si anak..hanya mengharap si anak bertaqwa pada Allah S.W.T

mak jugak mengharap anak2 mereka berada dlm jemaah islam

biar mati si anak dalam keadaan syahid...itu pinta seorang yg bergelar mak

rinduku said...

salam ..awk,saya copy awk punyer artikel ni...boleh yer...