Monday, April 28, 2008

Isu Khairy Menang Tipu, PKR Memang Sakit !

Salam Buat Semua,

Kisah laman web berita sensasi (terutamanya yang berkaitan dengan politik pro-pembangkang) iaitu Malaysiakini yang meminta maaf secara terbuka kepada Ahli Parlimen Rembau, Yang Berhormat Khairy Jamaluddin berikutan laporan salahnya yang ternyata telah memberi impak buruk kepada Naib Ketua Pemuda UMNO itu amnya dan Barisan Nasional (BN) juga UMNO khasnya ternyata memberikan satu makna yang cukup besar nilainya kepada perkembangan politik Malaysia. Politik daripada pihak yang kononnya bersih dan adil tetapi sebenarnya tidak pernah adil terhadap manusia lain juga !

Saya kira sebaik saja tamatnya Pilihan Raya Umum(PRU) ke 12 pada 8 Mac, 2008, kisah kononnya Barisan Nasional hanya memenangi kerusi Rembau dengan taktik kotor dengan 'bantuan' Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah tersebar dengan 'pantas lagi berapinya' ke seluruh Malaysia. BN dan UMNO kelihatan sungguh kejam ! PKR sungguh teraniaya ! Aduhai !!!

Para penyokong setia Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan juga rakan-rakannya di dalam PAS juga DAP telah dengan bangga lagi yakinnya mengatakan bahawa calon PKR iaitu saudara Badrul Hisham Shaharin telah 'diragut' kemenangannya dengan penuh kekejaman di pihak BN.

Antara dakwaan penuh KEPALSUAN juga BUSUK yang diberitakan Malaysiakini dan sekaligus dihebahkan para penyokong pembangkang kepada masyarakat ialah:

1) SPR telah melakukan kiraan semula undi.
2) PKR kononnya telah memenangi kerusi Rembau pada kiraan pertama dengan kelebihan 800 undi, BN tewas.
3) Selepas kiraan kedua, BN (Khairy) telah menang dengan mendadak apabila mendapat kelebihan sebanyak 5, 726 undi berbanding PKR (Badrul).
4) BN didakwa diselamatkan dengan bantuan undi pos yang datang lewat tengah malam walhal perkara tersebut langsung tidak wujud dan pihak PKR sendiri tidak berani mensahihkannya.

Ternyatalah, kesemua tuduhan tersebut adalah tidak benar dan pihak PKR sendiri tidak berani untuk membuat laporan rasmi terhadap 'penyelewengan BN dan SPR' itu. Saudara Badrul sendiri hanya mampu menyepi diri setelah meraih 'popular' seketika di musim PRU.

Pihak PKR dan juga fanatik-fanatik Pakatan Rakyat nampaknya cukup yakin akan kebenaran 'kisah tipu' seumpama itu. Mereka begitu 'berbangga' untuk menghebahkan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa Khairy telah menang dengan penuh kekotoran lagi hina caranya.

Inilah sikap sebenar mereka, hilang rasional diri dan lupa kepada asas-asas perjuangan sendiri (katanyalah) iaitu bersih, adil dan kuat pegangan agama. Lupa pula mereka bahawa sokongan yang diberikan kepada PKR dan juga 'Presiden Belakang Tabir' iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim kelihatan seperti sokong membabi buta, asalkan PKR asalkan Anwar, PASTI BETUL MESTI BENAR ! Menyebar berita yang 100% karut serta mendakwa orang 24 jam menzalimi mereka seolah-olah seperti sesuatu yang 'biasa-biasa' saja serta tidak salah di segi agama juga moral kemanusiaan.

Saya yakin, akan ada pelawat weblog ini yang akan menghuraikan dengan panjang lebarnya tentang 'sejarah kezaliman juga ketidakadilan' BN sepanjang 50 tahun memerintah Malaysia ini, silakan untuk kita sama-sama berkongsi ilmu pengetahuan. Tetapi salah tetap salah, BN salah kita tentang, PKR salah kita tentang juga ! Lagi hina rasanya jika yang sengaja membuat salah mahupun fitnah itu adalah pihak yang acapkali 'menjual' prinsip-prinsip mulia lagi adil untuk meraih sokongan masyarakat.

Saya akui bahawa saya bukan penyokong Khairy Jamaluddin, malah saya akui bahawa saya tidak senang dengan cara bapa mertuanya mentadbir negara sejak proses peralihan kuasa negara berlaku pada 31 Oktober, 2003 tetapi saya tidak akan mendiamkan diri sama sekali apabila UMNO dan BN mendapat tempias 'hitam' akibat daripada 'proses pemusnahan kotor' yang suka diamalkan PKR sejak akhir-akhir ini.

Akhir kalam, saya bertanggungjawab penuh atas apa yang saya fikirkan benar dan saya tidak akan berganjak daripada kepercayaan peribadi ini bahawa PKR dan Anwar Ibrahim sememangnya juara manipulasi terhebat dalam sejarah 51 tahun Malaysia merdeka ! Ting kosong memang gah bunyinya, ALAHAI KASSSSIMMM !!!


Neba2020: Andai UMNO dan BN selalu dikatakan 'kotor, jijik, hina, zalim dan busuk,' maka janganlah orang-orang yang mengatakan itu semua cuba secara senyap untuk menunjukkan kepada dunia bahawa rupa-rupanya mereka juga 'hina-dina' perangainya.... Alahai, kasihannya !

12 comments:

Anonymous said...

Dia ni dah terlampau taksuf dengan umno ni...
politik ini bertujuan membantu/berunding untuk mengelak pergaduhan atau konflik.. ini nak taksuf sgt dgn parti2 ni apa bende??bukan bawak sampai kubur pon..Kita hendak lihat mana yang boleh membantu..bukannya nak timbul isu-isu tentang parti yang tidak membawa sebarang makna untuk membantu rakyat. Kalau asik nak membela org2 dalam parti masing..bila malaysia nak maju..
Bumi/Rezeki/alam ini semuanya milik allah..umno beri rezeki ke?? malaysia ni milik umno ke???Khairy boleh membantu menyatukan umat islam???Umno itu membantu meningkat syiar islam??kalau benar boleh..kenapa masa BN memerintah ahli-ahli masjid semuanya puak2 umno yang batang hidung setahun pon ssh nak nmpk dtg ke surau atau masjid...Kalau rasional kami sokong..Tapi perkara ini mmg dilakukan..bukan nak buat fitnah...Kalau orang2 politik ini..semua yang ada ijazah pentadbiran,perniagaan, dan undang-undang..Ustaz2,Ulama diketepikan mcm diaorg ini hanya layak di surau n masjid..lepas tu..di surau dan masjid plak..umno buat untuk puak2 dia..mcm mana ni???Jangan Politik berlainan dengan yang dilakukan.

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Terima kasih atas respon...

Kenyataannya, anda juga kelihatan taksub dengan fahaman yang anda percaya dan juga kepercayaan anda yang BN/UMNO itu tidak bagus.

Rasanya tidak sesuai anda persoalkan tentang Khairy di sini sebab tidak satupun ulasan saya menunjukkan yang saya menyokong atau mempercayai pemuda itu.

Lex said...

Apa nak dihairankan dengan politik wang yang berleluasa di Rembau, Khairy tidak memerlukan taktik penipuan SPR kerana taktik tabur duit besar-besaran sudah melata di serata lubang ceruk Rembau tue.

Sebagai penyokong reformis Keadilan, saya mendokong keterbukaan Malaysiakini kepada Khairy Jamaluddin atas dasar disiplin journalisme. Tetapi itu tetap tidak membawa maksud pilihanraya itu benar-benar bersih dari segala noda dan dosa. Al-Maklumlah orang UMNO memang tokey Penabur Duit. Tukang kibar bendera UMNO masa penamaan calon pon pon boleh senang-senang dapat duit poket RM50 campur makan minum percuma.

Cuma disini saya ingin menarik perhatian komen daripada orang yang ada di tempat kejadian kiraan undi di Rembau tersebut:

Dr. Rosli Says:
April 25, 2008 at 10:09 am

I was at the vote counting center in Rembau that night, outside, not inside the counting hall. I saw at the very last moment there were still ballot boxes being taken into the hall. They were transported into the compound in what appeared to be a police car. I took video pictures of the car. What the hell ballot boxes were still taken into the hall at the very last moment. The election results were announced very late that night, easily around 11.30 pm. This never happened in Rembau before. I did’nt know what happened then if not recounting of votes. Otherwise, it would’nt had taken that long.

http://drrosliyaakop.blogspot.com/

Dan ini pulak penjelasan saudara Badrul Hisham penentang Khairy:

Dia sudah mula menjawab....

Nampaknya sudah panas balik...bermula dari Ahad lepas dimana secara tergesa gesa Umno (juak-juak dia) mengatur program 'terjun' Gotong Royong bersama 'Ahli Parlimen Rembau' di Taman Jasmin Senawang... mungkin ini kerana juak - juaknya yang panik melihat persiapan Ceramah Perdana Pentas Anak Muda yang menampilkan Fairus (Timbalan Ketua Menteri P.Pinang) dan Nurul Izzah (Ahli Parlimen L.Pantai).

Dalam ucapanya ketika 'merasmikan surau tidak siap' itu dia menggunakan sepenuhnya untuk membelasah cheGuBard dan TauFek (Paroi). Petang sebelum program segerombolan penguatkuasa MPS juga tiba untuk menurunkan bendera keADILan yang dipasang sebagai penunjuk arah. cheGuBard terpaksa turun sendiri petang itu demi memastikan semuanya terkawal. Hujah kita ialah kenapa bendera Umno (menyambut Khairy) dibiarkan tetapi bendera keADILan diturunkan ? Penguatkuasa tersebut memohon maaf kerana katanya dia diarahkan oleh pegawainya yang menerima tekanan dari atas...!!! Dia merayu agar bendera di Trafik Light yang sudah ditanggalkan jangan dipasang semula...yang lain ok tetapi perlu segera ditanggalkan selepas program......Malam itu dia dikejutkan dengan kehadiran lebih dari 3,000 orang menyaksikan Pentas Anak Muda anjuran keADILan Rembau.

Nampaknya anak kelahiran Kuwait ini sudah mula bersuara semula. Dia bersuara mungkin kerana tiada pilihan lain. Memang banyak 'version' misteri kemenangan dia.... ada yang kata undi pos...ada yang kata jumlah undi ditipu...ada pula maklumat dan gambar yang merakam bagaimana dua peti akhir masuk ke Pusat Penjumlahan dengan di iringi kenderaan yang dinaiki Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua ini menjadi cakap - cakap bukan sahaja di Rembau tetapi di seluruh negara. Hari ini pula di Malaysiakini dia sudah mula bercakap mengenai keputusan pilihanraya. Bagus dia sudah termakan pancing untuk kembali melompat.

Ilmu tempur yang cheGuBard pelajari menerangkan betapa lawan yang melompat lebih mudah dikunci dari lawan yang bertapak dengan kedua belah kakinya ..menanti......bagus dia yang duduk diam kini sudah mula melompat kembali.

Seminggu ini sibuk bersama pasukan peguam untuk menfailkan petisyen pilihanraya. Alhamdunillah hari ini jam 3 petang nanti sekumpulan peguam yang diketuai oleh fima guaman Shearn Delamor & co. akan berada di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memfailkan petisyen tersebut.

cheGuBard pula sebentar lagi akan bertolak ke Terengganu. Malam ini ada ceramah di Kemamam..mungkin akan menjawab ahli Parlimen Kemaman yang mengatakan isu babi akan jadi punca ahli parlimen Melayu bukan BN masuk BN... esok ada beberapa mesyuarat bersama jentera di Terengganu sebelum malam esok ceramah di Setiu.

Untuk yang mahu mendengar penjelasan 'Khabar dari Rembau?' boleh berjumpa di Terengganu. Pertanyaan lokasi ceramah hubungi Wan Anies 0199697474.

Jika dia berani ayuh kita berdebat..... isu sebenar ialah penjualan aset negara...pengkhianatan..salah guna kuasa...

http://chegubard.blogspot.com/

Kita pejuang reformasi keadilan tidak takut untuk mengkritik pemimpin sebagaimana majoriti orang UMNO yang ketar lutut dengan pemimpin Agung mereka (bukan semua). Mana taknya, takut hilang kontrak. Punyalah ketar sampaikan cium keris pon nak kena minta maaf kat orang Cina. Apalaa punya turrr..Orang Cina dan India tak sokong UMNO bukan sebab keris, tapi sebab mereka dah menyampah tengok muka pemimpin UMNO yang angkuh dan tak sedar diri tuh. Saya yang Melayu ni pon dah menyampah, cium keris tak kena gaya...

Orang Melayu hanya cium keris dalam 2 keadaan saja. Pertama masa dianugerahkan keris oleh Sultan sebagai tanda kesetiaan. Kedua masa perasap keris malam jumaat. Lain tuh orang Melayu tak cium keris. Inilah masalah nak jadi Melayu tak kena gaya. Buta adat dan budaya. Memalukan saja...

Buat pencinta kebenaran, buatlah pertimbangan. Kalau pembangkang salah satu, abes dijaja kesalahan satu Malaysia. Tapi yang UMNO punya salah sampai yang dah bernanah berkulat tuh, diperap buat jeruk...adakah adil tuh? Alahai Labu....

Anonymous said...

setuju....mamat ni UMNO totok!!!!!!rasional la sikit bro.....kita kena terima hakikat bahawa UMNO memang dah ditolak rakyat!!!!!!
Fanatik sangat dgn Tun Mahathir, walaupon tahu dia ada membuat banyak kesilapan...

bekas UMNO...

hakiatnya, UMNO sebg parti yg banyak mengkhianati bangsa melayu, kaalu ko x percaya ko pergilah kelantan,, memang banyak bukti pengundi hantu...

nampak nya org NEPAL lebih islamic dari UMNO, sebab dinegara mereka tiada penipuan pilihanraya

Dulu UMNO, sekarang pengundi intelektual...

Anonymous said...

ko ni memang bodoh dan tolol!!!!!lahir tahun 1982, apa ko tahu tentang politik!!!!!!!!!!!!!

fendy_ahmad said...

Salam buat semua,

Tahniah untuk 2 pelawat yang menggunakan status 'anonymous' di atas.

UMNO dikatakan ditolak rakyat itu SALAH sama sekali. Kalau anda memang rasional, ayat yang sepatutnya digunapakai ialah sokongan rakyat kepada UMNO terhakis tetapi bukannya ditolak sama sekali.

Pakatan pembangkanglah yang ditolak rakyat sebenarnya tetapi sokongan kepada mereka meningkat. Itu barulah pendapat yang rasional dan benar.

Anonymous said...

tp memang misteri kejadian yg berlaku di rembau..keta polis bwk kotak2 misteri...kes yg sama terkantoi di kelantan..mmg satu benda yg pelik dn ajaib.kalo berani mntak la khairy saman dr rosli ke sbb fitnah dia psl kotak2 misteri,dan ada bnyk isu2 lain masa pengiraan undi berlaku di rembau.KJ mmg kaki pengorek harta rakyat,susah payah nk p tawan kelantan nk menhabis simpanan gas ler tu.buat duit je keja.bukan kesah sgt psaal duit.mendenye bongok la melayu di rembau yg sokong KJ,tu musti internet line tk masuk lagi...saya cabar le KJ or sapa2 yg rasa KJ tu menang betui haritu..lwn lg sekali..atau gi lawan kt tempat2 hot spot..:D g lwn kt kedah,kelantan atau di KL pun boleyh//setkt pi lwn tmpt banyak hantu2 umno membiak boleyh la..g mampus ler..dh ler video misteri kj pun ada.hehe..muke cm kj,bunyi cm kj,tp bukan kj.ape tu?ha..jwb2..:D

fendy_ahmad said...

Salam buat semua,

Saya kira andai penyokong PKR boleh mengatakan sebegitu, boleh jugalah penyokong BN mengatakan, andai para pemberi cerita itu semua yakin akan cerita yang mereka jaja, silalah buat laporan ke pihak yang sewajarnya, dedahkan apa yang patut, jangan hanya pandai menjaja cerita dan beretorik demi kepentingan peribadi semata-mata

Bab lawan ini tidak perlulah kita permainkan sangat. Saya menyokong bahawa wakil rakyat biarlah bertanding di tempat asal mereka.

Andai KJ hendak disuruh berlawan di Kedah atau mana mana hotspot lain, maka apa kata Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hadi Awang kita suruh bertanding di mana-mana Parlimen di Sarawak ataupun Johor.

Saya tidak bermaksud sebegitu, malah saya kira janganlah kita 'menyuruh' atau 'mencadangkan' sesuatu yang boleh dipersoalkan pula kepada kita. Andai ini berterusan, memang tiada penamatnya politik 'yo-yo.'

Lex said...

Mungkin abang Fendy tak baca habis tulisan saya sebelum ni,

"Seminggu ini sibuk bersama pasukan peguam untuk menfailkan petisyen pilihanraya. Alhamdunillah hari ini jam 3 petang nanti sekumpulan peguam yang diketuai oleh fima guaman Shearn Delamor & co. akan berada di Mahkamah Tinggi Seremban untuk memfailkan petisyen tersebut" (Dinukilkan dari tulisan CheguBard)

Jangan risau. Pejuang Pakatan Rakyat tidak pandai beretorika kosong atau menghayun keris sesuka hati menjerit melalak "ketuanan melayu" yang padahal diperjuangkan ialah "ketuanan UMNO" Itu baru tepat! Kita akan kemukakan petisyen di mahkamah. Walaupun kita tak pasti sejauh mana ketelusan mahkamah dalam mengendalikan kes terutama apabila melibatkan Menantu Perdana Menteri, lawan tetap lawan!

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Terima kasih Lex atas maklumat serta pembetulan yang tersebut, kita tunggu dan lihat...

Anonymous said...

Sudah ler tu kawan2 saudara fendi ni baik orangnya tak bersalah.....kadang2 kita tak tahu pun permainan sebenar politik malaysia....silap2 paklah, najib, mahathir, anuar, kit siang semua memang saling berhubung dalam talian, cuma kita jer tak tahu...udah2 ler tu....bangunkan ekonomi ummah fokus pada kehidupan sendiri dulu, agak2 tak suka kerajaan buat lagi tsunami...kita tukar kerajaan kasi chance tgk pakatan rakyat bleh buat tak....kalau tak bleh kita tukar semula...dan yang menyokong kuat umno tue tak perlu la takut periuk nasi korang ilang...kesian peniaga2 melayu kita yang ditindas oleh kerajaan sendiri..Jangan Marah..haaaaaa. Isu khairy ka, Anuar ka.... semua tak memberi manfaat pun.......diaorang semua tu dah tentu mempunyai simpanan yang cukup untuk dimakan 7 keturunan....ANDA BAGAIMANA?

Abafahim said...

"Ketuanan rakyat berteraskan ketuanan Melayu..kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Suara Keadilan 23 April-7 mei 2008.

Saya dengan cikgu bad bersama-sama didalam NGO dibawah PESAKA sejak kami lepas sekolah lagi. Dia adalah junior saya beberapa badge.

Dia mula aktif politik sejak anwar disingkirkan dan tidak lagi aktif didalam NGO sejak dari itu tetapi saya masih lagi sehinggi kini bersama-sama NGO tersebut.

Walaupun dia tidak aktif, tetapi beliau kadangkala ada hadir di majlis-majlis NGO tersebut dan kadangkala sesekali kami minum teh di kedai2 mamak, tapi dah lama tak jumpa.

Beliau pernah minta khidmat saya membantu ahli2 keadilan didalam aspek undang2, malah Tn Hj Ramlan calon PKR linggi (takpasti samaada beliau masih lagi Ketua Pemuda PKR N9) minta khidmat saya untuk menjadi peguam bagi wakil beliau semasa pilihanraya baru2 ini, tetapi saya terpaksa menolak dengan baik.

Bukan setakat itu, kalau kami sesak duit, sama2 pinjam duit dan walaupun masih ada yang tak bayar, kami tak kisah.

Walaupun kami berlainan idealogi, kami masih bersama dan menghormati antara satu sama lain.

Saya masih ingat Tn Hj Ramlan begitu bersemangat bercerita pada saya tentang bagaimana PKR walaupun dianggotai oleh semua kaum tetapi teras perjuangannya adalah untuk bangsa melayu.

Tetapi didalam politik, kita terpaksa menjangka sesuatu yang tak terjangka.