Friday, April 18, 2008

Mudah Sungguh Bergelar Datuk ...

Salam Buat Semua,

Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Perak iaitu Saudara Mohammad Nizar Jamaluddin yang akan bergelar 'Datuk Seri' bermula 19 April, 2008. Penerimaan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak itu bersempena dengan Hari Keputeraan ke-80 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah (DAULAT TUANKU !, MOGA DIPANJANGKAN USIA DAN DIRAHMATI TUHAN SELAMANYA). Nizar nampaknya sudah setaraf dengan Presiden PAS sendiri iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang, menarik juga untuk melihat tokoh-tokoh PAS yang lebih kanan lagi popular seperi Mohammad Sabu, Nasharuddin Mat Isa dan Salahuddin Ayub untuk memanggil Nizar dengan sebutan 'Datuk Seri.'

Ucapan tahniah juga wajarlah kita utuskan kepada Pengerusi DAP Perak yang 'kempunan' jawatan Menteri Besar dek penangan 'undang-undang' iaitu Saudara Ngeh Ko Ham yang menerima Darjah Datuk Paduka Mahkota Perak (DPMP). Ini bererti Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Air dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak itu akan bergelar Datuk Ngeh, sesuatu yang wajar dibanggakannya. Nampaknya, Ngeh yang sebelum ini tidak 'popular' namanya di arena politik Malaysia telah meninggalkan jauh mentor-mentornya seperti Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Dr. Tan Seng Giaw daripada segi darjah gelaran dan pangkat. Tahniah !

Menarik sungguh untuk kita perhatikan di sini betapa dalam masa satu bulan dan dua hari bergelar Menteri Besar, Saudara Nizar berjaya menggengam panggilan 'Datuk Seri,' pastilah dua bulan lepas ini adalah sesuatu yang tidak pernah beliau termimpi akan mengecapnya. Inilah yang dinamakan 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu.'

Secara peribadi, sebagai seorang yang datang daripada negeri yang terkenal dengan ketatnya kawalan untuk anugerah 'Datuk' dan sebagainya, pastilah saya merasakan betapa pemberian anugerah-anugerah di Raja (pastilah segala bentuk anugerah adalah di atas cadangan kerajaan negeri untuk diberikan perhatian oleh pihak istana) seWAJIBnya tidak diberikan secara sewenang-wenangnya.

Penilaian terhadap jasa, senioriti, akhlak, idea-idea, cabaran-cabaran perkhidmatan, penerimaan masyarakat dan sebagainya wajarlah diambil kira sebelum seseorang itu 'merelakan' dirinya menerima anugerah. Rekod perkhidmatan mahupun jasa harus dinilai sedalamnya sebelum anugerah bertukar tangan.

Kita jangan lupa kepada Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba yang pernah menjadi Menteri Kabinet dan juga Ketua Menteri Melaka sejak zaman Perdana Menteri Kedua dan seterusnya berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama 7 tahun tidak pernah 'merelakan' dirinya untuk menerima apa jua pangkat gelaran. Beliau sentiasa menolak semua cadangan untuk menerima sebarang darjah anugerah secara berhemah dan ianya tidak pernah melukakan hati pihak istana mahupun si pencadang. Ketika beliau mengundur diri sebagai Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1993, beliau tetap popular dengan panggilan Yang Amat Berhormat Encik Ghafar Baba.

Tindakan pihak Istana Johor yang 'amat jarang' lagi 'susah' untuk 'menemui' calon yang layak untuk di iktiraf sebagai 'Datuk' memang telah diketahui umum. Hari Keputeraan Sultan Iskandar (DAULAT TUANKU SULTAN JOHOR ! ALLAH PELIHARAKAN SULTAN KAMI !) bagi tahun 2008 yang disambut pada 8 April lepas menyaksikan tiada seorangpun yang menerima anugerah 'Datuk.' Ini menjadikan anugerah 'Datuk Johor' sememangnya dinantikan dan si penerimanya akan mendapat publisiti yang cukup besar di semua media massa. Prestij dan nilainya masih terpelihara lagi disanjung sentiasa. Ini ternyata berbeza '360 darjah' dengan 'pendirian' sesetengah negeri waima yang tidak mempunyai Sultan sekalipun yang dengan 'murah hatinya' menabalkan berpuluh-puluh insan untuk bergelar Datuk sehingga ada yang pernah mencecah lebih daripada 100 penerima dalam setahun. Meriah sungguh !

Kita tidak mahu institusi diraja dijadikan tempat untuk 'membalas jasa' rakan-rakan sealiran politik dengan ketua kerajaan negeri (Ketua Menteri atau Menteri besar). Kita tidak mahu anugerah-anugerah diraja dijadikan sandaran untuk menjaga hati rakan-rakan sealiran pemahaman dengan ketua kerajaan negeri. Kita juga tidak mahu hari kebesaran Raja-Raja dijadikan landasan terbaik untuk menguatkan rasa 'gerun dan hormat' orang awam kepada individu-individu tertentu yang prestasi dan jasanya masih belum tentu kelihatan hasilnya, belum teruji lagi belum 'berpeluh' menghadapi kerenah rakyat dan pentadbiran negeri !

Neba2020: Kerja dan berkhidmatlah dengan penuh beramanah, cekap dan mesra sentiasa. Pangkat dan anugerah yang dikurniakan Istana pastilah sesuatu yang cukup besar nilainya dan wajar diterima dengan penuh rasa insaf dan rendah diri tetapi biarlah bersetuju untuk menerimanya setelah 'muhasabah diri' dilakukan sedalam-dalamnya ....

9 comments:

Maruz said...

Benar komen saudara. Namun bagi MB perak ini, saya melihat kurniaan sultan kepada beliau dengan gelaran datuk seri adalah atas kapasiti Ketua Kerajaan Negeri. tambahan pula beliau tidak mempunyai sebarang kurniaan pingat sebelum ini. Saya yakin baginda tuaku sultan ada pertimbangan tersendiri di atas anugerah ini. tambahan pula Sultan perak juga bukan sultan yang dengan sebarangan menganugerahkan gelaran kepada sesiapa pn. saya melihat ini adalah kurniaan sultan semata-mata tnpa ada 'promote' daripada mana-mana pihak.

Anonymous said...

tkpela..biarla dh sultan nak bg..nk buek cmna..tp kalo sultan johor tknk bg,pun nak buek cmno..yg pastinya..gelaran2 ni samada prestij ke..value ke hapo ke..tk mengubah darjat seseorg sbg hamba Allah...MB perak tu pun bukan mau sgt..kena ingat tu :D

Anonymous said...

YB Dato Khir Toyo, terus menggunakan gelaran Dato, sebaik sahaja dilantik ke jawatan MB.

Tapi apa jasa Dato Kamaruddin bin Abdullah yang membolehkan dikurniakan gelaran Dato.

fendy_ahmad said...

Apa yang hendak saya timbulkan di sini ialah setiap kita, sama ada daripada parti Barisan Nasional, Pakatan Rakyat mahupun sesiapa jua yang hendak diberikan jawatan bertaraf Datuk dan ke atasnya 'sewajarnya' menilai dulu diri sendiri dan bertanya sedalamnya, 'Sudah layakkah aku?'

Pihak yang mencadangkan senarai penerima anugerah-anugerah Istana juga sewajibnya cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan prestij gelaran-gelaran tersebut.

Ada baik sekiranya setiap negeri mempunyai jawatankuasa khas peneliti yang bertanggung jawab untuk mengesahkan kredibiliti dan kewajaran seseorang itu menerima anugerah-anugerah Istana.

Anonymous said...

PANDAI LA KAU, KAU SAPER NAK BECAKAP HAL NI ? KAU TAU KE CERITA DI SEBALIK DAPAT DATUK NI ? MEREPEK JE.
KALAU TAU BAIK KAU CAKAP JE, TULIS KAT SINI TAPI KALAU TAK TAU TAK PAYAH NAK BERCAKAP ITU INI.

Anonymous said...

KALAU HEBAT SGT KAU, KENAPA TAK ALLOW JE KITAORANG MASUK BAGI KOMEN, KENAPA NAK APPROVE DARI AUTHER ?
BLAH LA.

fendy_ahmad said...

TAHNIAH pada anonymous atas komen memberangsangkan yang anda berikan kepada saya...

Anda pertikaikan kredibiliti saya tatkala anda sendiri tidak berani mendedahkan identiti anda... Itu lagi hina kedudukannya pada pemikiran kurang bijak saya...

Saya kira pendirian saya dalam isu ini adalah waras lagi rasional sebab saya mempertikaikan pemberian anugerah Datuk yang 'terlalu mudah' dewasa ini sehingga masyarakat mula memandang rendah kepada si penerimanya. Rasional saya ialah tidak kiralah negeri mana jua yang terlibat sama ada dikuasai oleh Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat.

Jangan terlalu emosi wahai sahabat...

SYAHAMIN said...

Assalamualaikum..... hehehe...

KJ mesti jealous kan???

HAHAHAHA.... anyway, Diorang dapat DATUK tak cam DATUK correct correct!!! kahkahkah...

Tak gitu? Jangan MURKA dengan SULTAN LAGI WAHAI ORANG2 BARISAN NERACA!!!

Diorang mesti dinilai secara professional oleh SULTAN PERAK, almaklumlah, kat NEGARA MALAYSIA nih, SULTAN YANG PALING TINGGI ILMU PENGETAHUAN DIA DI KALANGAN SULTAN PERAK....

DAULAT TUANKU!!!

Ice said...

Assalamu`alaykum

Bernas dalam pemerhatian, ini yang kami mahu, pandangan kritis.

Kalau dilihat pada konteks yang disebutkan oleh saudara spt dibawah :

'Pihak yang mencadangkan senarai penerima anugerah-anugerah Istana juga sewajibnya cuba sedaya mungkin untuk mengekalkan prestij gelaran-gelaran tersebut.

Ada baik sekiranya setiap negeri mempunyai jawatankuasa khas peneliti yang bertanggung jawab untuk mengesahkan kredibiliti dan kewajaran seseorang itu menerima anugerah-anugerah Istana.'

- sepatutnya sudah patut ada perkara sebegini dalam Malaysia keseluruhannya, dan negeri Perak khasnya (kerana kali ini Menteri Besar Negeri Perak datangnya dari Parti PAS), kenapa tidak di keutarakan hal sedemikian sebelum PR memenangi beberapa buah negeri? Kita sudah 51 tahun merdeka dan kenapa bila terhantuk baru kita berkata?UMNO mempunyai majoriti suara ramai melayu, tetapi perkara sedemikian hanya diutarakan setelah BN kalah beberapa buah negeri.

Di sini kita ingin lihat kredibiliti sebuah parti yang sudah memperjuangkan Sultan-sultan di Malaysia. Adakah kerana sudah kalah barulah kita mahu buka mulut. Jadi bagi negeri-negeri yang belum dikuasai PR, yang menteri besarnya masih orang UMNO, hendaklah di cuba dahulu dgn saranan saudara seperti di terengganu dan di perlis.

Harap dapat bertukar-tukar pandangan bagi memantapkan lagi institusi yang telus dan jujur bagi Bangsa Muslim