Monday, June 8, 2009

SPM : 10 Subjek Sahaja, Tiada Lagi Wira Mi Segera !

Salam Buat Semua,

1) Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa bermula pada tahun 2010, para pelajar yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hanya boleh mengambil maksima 10 subjek sahaja. Seperti biasa, ada yang menyokong dan ramai juga yang membangkang.

2) Maka selepas ini tiada lagilah kedengaran 'cerita-cerita ajaib' ada pelajar mendapat 18A, 19A, 20A, 21A, 22A dan seterusnya. Saban tahun, tatkala keputusan SPM diumumkan, maka sepantas kilatlah negara telah melahirkan 'pahlawan juga srikandi terbilang' yang wajib dicontohi juga diteladani semua. Dicontohi atas dasar apa? Pencapaian akademik 'di atas kertas' semata-mata?

3) Adalah begitu 'gila' apabila ada pelajar yang telah mengambil subjek Fizik, Kimia dan Biologi tetapi turut mahu mengambil subjek Sains semata-mata untuk 'mengejar' lebih A walhal sudah sedia maklum bahawa subjek Sains pada asalnya diwujudkan untuk pelajar-pelajar bukan daripada aliran sains tulen di mana isi kandungannya adalah 'kesimpulan ringkas' kepada tiga subjek sains tulen itu. Adakah wajar untuk pelajar-pelajar yang mengambil subjek seperti Bahasa Arab Tinggi, Syariah, Usuluddin dan sebagainya untuk mengambil subjek Pendidikan Islam yang boleh diumpamakan 'kacang goreng' sahaja bagi mereka dengan alasan mudah untuk mendapat A?

4) Kerana takut 'ketinggalan' maka ramai ibu-bapa yang 'menggalakkan' anak-anak mengambil lebih daripada 10 subjek. Ramai juga yang menggunakan alasan mahu melahirkan insan yang serba boleh. Kononnya, dengan menggabungkan sebanyak mungkin subjek daripada jurusan sains, agama, sastera dan ekonomi maka akan terhasillah insan yang serba cemerlang lagi 'berguna' kepada bangsa dan negara.

5) Pendidikan bukanlah satu proses belajar ilmu formal, menduduki peperiksaan dan melihat keputusannya semata-mata. Pendidikan adalah lebih daripada itu. Pendidikan adalah satu proses pembinaan pemikiran, percambahan idea, perkongsian maklumat dan pergaulan sosial yang positif. Pendidikan wajar mampu memberikan hikmah pengajaran dan kegembiraan kepada si penuntut, bukannya menghadirkan tekanan berpanjangan dan menjauhkan manusia daripada masyarakat dan kemesraan berkeluarga.

Neba2020: Sistem pendidikan perlu lari daripada sekadar melahirkan 'robot' dan 'mesin penghafal nota.' Pendidikan perlu bermatlamat untuk melahirkan manusia yang boleh menjadi pemimpin dan pembimbing. Sekurangnya, produk pendidikan itu wajar bijak memimpin dan membimbing dirinya sendiri di kemudian hari ...

4 comments:

El-Zaffril said...

Patutnya... bukan semua subject perlu belajar... semua pelajar harus fokus apa yang mereka mahu... bukan ape... saya yang amek 10 subject masa spm tahun 1999 pun terasa membazir... kerana saya hanya memerlukan 5 subject sahaja untuk meneruskan langkah ke universiti.. selebihnya... buat huduhkan sijil spm saya saja...

Anonymous said...

You are Halim junior...Your thinking is exactly like Mr Halim..i salute you^^

I care: budak sekolah agama said...

maafkan saya jika saya kurang bersetuju....
'tidak mustahil seorang juruterbang memberi ceramah agama di masjid' jika dia ada pengetahuan agama sejak di bangku sekolah...
Seseorang yang cemerlang tidak perlu khusus di dalam sesuatu profession shj... btol??

fendy_ahmad said...

Salam,

Buat I Care:

Carilah ilmu walau 1001 jenis sekalipun, tiada apa yang salah. Ilmu dicari adalah untuk mencari himah, pengajaran dan meningkatan 'nilai' diri seseorang itu.

Itu adalah benar dan tidak diragukan sama sekali.

Pencarian ilmu jangan dibataskan kepada sistem pendidikan rasmi yang memerlukan peperiksaan dan kelas rasmi sahaja.

Sejauhmanakah agaknya mereka yang mengambil 20 subjek gabungan sains, sastera dan agama itu selepas habis SPM betul-betul mampu menjadi manusia serba-boleh? Ini masih dipertikaikan ramai hasilnya.