Thursday, April 24, 2008

Anwar Ibrahim Yang GILA Kuasa !

Salam Buat Semua,

Sebagai seorang yang menganggap Anwar Ibrahim (Datuk Seri) sebagai 'idola' di tangga ke dua' sejak berbelas tahun dahulu pastilah saya menyimpan rasa kagum yang tinggi kepada insan yang seorang ini. Semangat dan karismanya sebagai seorang pemimpin itulah yang amat saya sanjung lagi teruja untuk mencontohinya. ITU SAHAJA !

Anwar memang bersemangat selalu dan mempunyai darjah keyakinan diri yang cukup tinggi juga kadang-kadang kelihatan melampau !

Berikut adalah petikan daripada Utusan Malaysia (24 April, 2008):

" Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pakatan pembangkang akan dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan yang baru sebelum sambutan Hari Malaysia pada 16 September ini... "
" Sekarang kita biarkan Parlimen bersidang seperti biasa, kita tidak perlu tergesa-gesa kerana tidak ada sebab untuk kita tergesa-gesa kerana saya yakin dengan izin Allah, kami akan berada di sana... "

" Kalau tidak bulan depan, mungkin bulan seterusnya, mungkin Mei, Jun, Julai, sambutan merdeka atau sambutan Hari Malaysia. Saya jangka kita tidak akan melepasi tarikh itu... "

Tatkala Anwar selalu cuba menonjolkan dirinya sebagai seorang yang berakhlak mulia, bijak bestari, cekap segalanya, bersih tidak ternoda, bertoleransi selalu dan tidak pernah tersilap taktik mahupun moral, kita dapat melihat betapa manusia yang seorang ini sebenarnya amat tidak SABAR dan sudah menjadi seorang yang layak digelar KEMARUK KUASA dan PANGKAT !

Anwar yang kononnya seorang pejuang keadilan dan pemimpin yang berakhlak baik secara total telah jayanya menonjolkan kepada masyarakat Malaysia bahawa beliau hanyalah seorang pakar manipulasi masa yang terhebat pernah dilahirkan bumi bertuah ini, tahniah wahai idolaku !

Impian Anwar untuk menubuhkan sebuah kerajaan baru di Malaysia ini dengan bertunjangkan satu nama baru iaitu Pakatan Rakyat akan menjadi kenyataan seandainya beliau berjaya menarik 30 ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) sekaligus menjadikan pakatannya memiliki 112 ahli Parlimen berbanding dengan 110 ahli di pihak BN. Ini akan melahirkan satu catatan sejarah terbaru di Malaysia di mana insan bernama Anwar Ibrahim itu akan menjadi seorang Perdana Menteri yang paling goyah kedudukannya dengan setiap hari kerjayanya adalah untuk memastikan ahli-ahli Parlimen pakatannya akan terus 'taat juga setia' kepada beliau. Aduh, sukar untuk dibayangkan !

Berikut pula adalah kenyataan yang dikeluarkan Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hassan Abdul Karim:

" Tindakan melompat parti bercanggah dengan sistem demokrasi dan menggalakkan amalan rasuah... Jika amalan itu diteruskan, ia hanya akan menjemput malapetaka di negara ini... "

" Negara yang aman akan bertukar menjadi kacau-bilau seperti yang berlaku di Haiti, Nigeria dan Timor Leste... "
" Pakatan pembangkang berhak menyimpan hasrat untuk berkuasa dan menumbangkan BN, namun ia mesti dilakukan secara sah melalui proses pilihan raya yang bersih, adil dan telus... Keputusan pilihan raya umum lalu dibuat oleh rakyat dan perlu dihormati oleh semua pihak sama ada di kalangan pembangkang mahupun BN... "

Pada pendapat lemah saya, Anwar sewajibnya menerima hakikat bahawa majoriti rakyat masih percaya kepada konsep Barisan Nasional khasnya dan UMNO amnya. Hakikat bahawa majoriti para pengundi memangkah berdasarkan parti dan bukannya calon wajarlah difahami sedalamnya oleh Anwar yang telah bergelumang di dalam politik arus perdana semenjak dia mengkhianati perjuangan asalnya pada tahun 1970-an dengan menyertai UMNO pada tahun 1981 ! Andai Anwar betul-betul mahukan jawatan Perdana Menteri maka buatlah dengan cara yang lebih 'jantan' dan 'terhormat' yang sepadan dengan imejnya di mata para fanatiknya iaitu seorang pemimpin yang bersih sentiasa lagi penuh kemuliaan. Sewajibnya beliau merencana strategi yang lebih mantap untuk menarik para pengundi memangkah Pakatan Rakyat / Parti Keadilan Rakyat (PKR) kelak. Andai majoriti rakyat memilih partinya di Pilihanraya Umum ke 13 nanti, maka sewaktu itu Anwar akan 'tertabal' sebagai Perdana Menteri dengan cara yang lebih professional lagi terhormat.... Sabar dan buatlah tindakan bijak yang bermoral sedikit wahai Datuk Seri !


UNDI POPULAR 2008:
BN - 51.30%
BA - 48.70%

JUMLAH UNDI 2008:
Umno - 35.51% (2,462,749 undi)
PKR - 13.15% (911,761 undi)

neba2020: Andai matlamat menghalalkan cara, mungkinkah malapetaka akan menjamin kejayaan dunia?

29 comments:

Anonymous said...

kalau bukan keadaan ekonomi semasa negara yang semakin malap, beliau mungkin boleh bersabar lagi sehingga pru yang akan datang.

Redhuan D. Oon said...

Bukankah lebih baik kita bagi Anwar naik jadi PM dan rasa kerusi itu terlebih dahulu sebelum mengkritiknya?

Kadang-kadang bila terduduk kerusi paling empuk itu boleh menunjukkan jiwa seorang pemimpin yang sebenarnya.

Belum cuba belum tahu. :)

Redhuan D. Oon
PADI-Malaysia

Lex said...

Salam

Terserlah "kegeraman" Abang Fendy pabila terbaca berita "kebarangkalian MP BN" akan melompat beramai-ramai ke dalam pakatan rakyat justeru menghimpit BN menjelang September ini:)

Sudah pasti jika ia berlaku, Malaysia pasti tidak akan sama seperti dahulu lagi. Selamat tinggal kepada politik perkauman..Selamat tinggal kepada politik kekampungan...Selamat tinggal kepada politik yang sempit lagi menyempitkan.

Abang Fendy kena jelas UMNO sebenarnya bukanlah pemegang UNDI POPULAR tertinggi dalam erti kata yang sebenar.

Selama hari ini, UMNO hanya menagih simpati dari MP-MP BN di Sabah. Alahai Kaduk, benarkah orang Sabah menyokong UMNO? Hanya satu sebab orang Sabah dan Sarawak menyokong BN. Sebabnya orang Sabah dan Sarawak ini kurang mendapat maklumat.

Al-maklumlah, kalau pergi ke Sabah dan Sarawak, ibarat macam Semenanjung Malaysia 10 tahun ke belakang. Orang "sana" rata-ratanya masih tercicir. Sebab tuh sampai ada yang masih makan siput babi untuk terus hidup. Saya percaya kalau orang "sana" dah banyak pandai-pandai...Satu lagu kepada BN, "Selamat Tinggal Romeo!"

Hakikat perlu diterima politik perkauman sempit UMNO ini pasti akan ditalkinkan satu hari nanti.
Ini tak dapat dielakkan kerana rakyat semakin bijak menilai. Justeru itu Islam semenjak 1400 tahun yang lampau menolak fahaman sempit perkauman ini sebagai ideologi.

Kalaulah UMNO insaf dan benar-benar memartabatkan agama, mungkin boleh terselamat lagi...Tapi saya rasa sudah terlambat untuk UMNO...

Benarlah kata-kata saidina Umar Ibnu Khatab, "Kita (orang arab) telah dimuliakan dengan Islam. Jika kita meninggalkan Islam, Allah akan menghina kita dengan sehina-hina darjat."

Dan benar jugalah kata Allahyarham Tok Paklah,

"Sesiapa yang berjuang dengan nama Allah dan niat baik sentiasa dalam keredaan Allah, tetapi sesiapa yang lupakan niat, khianat dan tamak akan dimurkai Allah, akhirnya menjadi hina. Kalau orang Melayu (yang) beragama Islam mengkhianati bangsa, negara dan agama, Allah akan gantikan (dengan) bangsa lain yang beragama Islam (bagi) menjaga tanah air kita."

(Daripada buku Sheikh Abdullah Fahim Penentu Tarikh Kemerdekaan Negara 13 Ogos '57 oleh Mokhtar Petah, Pustaka Antara 1997).

Ramai pemimpin UMNO sudah melupakan Islam. Dalam otak mereka sehari-hari, Melayu, Melayu, Melayu.. Itupon tengok melayu jugak. Melayu UMNO saja...Melayu PAS, Melayu PKR, tak kira melayu...Bila dah kalah, baru nak ajak PAS dan PKR berunding utk kepentingan Melayu KONONNYA! Sebab tuh Allah tarik rahmat..Niat tak betul.

Bagi saya secara ikhlasnya, kalau saya di tempat Anwar pon, saya akan melakukan perkara serupa. Mungkin kerajaan yang dibina setelah MP BN Sabah berhijrah beramai-ramai tidak stabil, tapi itu cukup bagi Pakatan Rakyat untuk merobah dan merombak polisi-polisi kerajaan yang tak masuk akal dan patut ditong sampahkan saja.

Dan lagi satu, bagus juga kalau ratio 112 berlawanan dengan 110 ni. Barulah betul-betul competitive nak bangunkan negara dan baru ada "check and balance"

Takdaklah lagi kita dengar MP ponteng parlimen atau kalau datang pon ke parlimen untuk tidor atau mengutuk orang saja! Itu politik zaman pra merdeka dulu bolehlaa pakai.

Sekarang ni zaman pragmatik, kalau tak perform, kita buang. Dah takdak lagi Yang Berhormat, sekarang ni semua Yang Berkhidmat atau Yang Bekerja!

Jadi sapa yang angan-angan nak jadi YB tuh kalau ingat nak senang, baik tukar angan-angan saja...

Kesimpulannya, soal gila kuasa tak timbul kat sini, memandangkan kalau nak kira gila kuasa, BN dari dulu pon dah gila kuasa bila mana menerima MP PBS melompat beramai ramai kedalam BN...Huhuhu..Kini sejarah berulang..

Kalau kini dikata Anwar kemaruk kuasa, hakikatnya UMNO dan Barisan Nasional dari dulu lagi dah kemaruk kuasa tahap gila-gila.. Dulu tak pulak jadi isu...sekarang ni jadi isu pulak? Dunia...dunia....

Anonymous said...

Belum cuba belum tahu
Dah Cuba baru hang tahu.

ANWAR pernah menyatakan bahawa
dia sanggup menggadaikan maruah
Org MELAYU semata-mata nak jadi
PM.
Pada pandangan saya, beliau terlalu sanggup mengadai maruah isteri dan anak dia semata-mata
utk mecapai cita-citanya.

Lady Bird,
Anak Jati Felda

Lex said...

Betol ker ada Anwar kata macam tu ladybird?

Boleh tak bagi tahu di mana sumber/artikel/rakaman audio/video yang memaparkan Anwar berkata sedemikian rupa?

Orang Islam kalau berkata mesti dengan fakta dan bukti yang sahih. Sabda Rasul yang Mulia, "Biar tersalah ampun, jangan tersalah hukum."

"Bukanlah seorang mukmin itu yang jadi pencaci, pelaknat, bukan yang suka berkata kotor atau yang lidahnya suka menyebut kata-kata yang hina."(Hadith Shahih)

Anonymous said...

Hmph, ambik petikan Utusan memang la putar belit punya version. Pergi tengok Malaysiakini.tv punya channel kat YouTube lagi bagus. Original and unaltered. UMNO kalau tak sedar lagi menjelang PRU akan datang memang habis la. Undur Pak Lah! Undurlah selagi ada maruah.

Anonymous said...

Dah 50 puloh tahun dah umno majukan melayu.tapi 30% ekonomi masih tak capai juga.tak kan nak tunggu 50 tahun lagi?.lee k y kemudian pun dah berjaya.yang umno buktikan 90% penghuni pusat serenti,mat rempit dan mcam2 lagi.sudahlah tu...cukup lah.bukan umno saja boleh bela melayu.lain pun boleh,cuma tak ada peluang!..

Anonymous said...

hmm... manusia nie kalau berpeluang untuk mengutuk org, mmg dier SUKA.....Hakikatnya, kritikan2 itu hanya bersifat "persuasive" sahaja.

Malapetaka yg dikatakan akan melanda takkala PPR memerintah Malaysia, juga bersifat "hypothetical".

Sebagai seorang Islam, cerdik pandai, manusia yg punya akal, kita mesti berfikir sebelum menulis dan melontarkan pandangan. Mmg tdk dinafikan, adalah menjadi hak seseorang manusia itu untuk mengkritik.

Tetapi, kritikan itu ada adabnya. Kritikan yg membina adalah digalakkan.

Org melayu nie kalau bab2 nk menjatuhkan org, downgrade org mmg cukup pandai. Tp tahukan, satu jari kita tudingkan kpd org lain, 4 jari lg sebenarnya menuding kita.

Rasullulah, dalam hadisnya melarang sama sekali umatnya mencari kesalahan org lain dan bertikam-tikaman.

Merujuk kpd kritikan2 saudara Fendi, ia hanya mencerminkan bahawa saudara terlalu emosi dan mengikutkan darah muda.

Nasihat sy, adalh lebih baik saudara Fendi byk2 beristigfar..... tenang2kn fikiran....

Tak elok sebenarnya mengata org nie...hehhe...maybe Anwar pon ade mengata org. Tp, kalau saudara Fendi pon turut sama "join sekaki" mengata org, apa yg membezakan FENDI dan ANWAR?


Renung2kn dan selamat beramal......

Lex said...

Semalam di Sabah
Bikin penguasa gelabah
Ada konco melatah
Konon kita merasuah!

Sambutan di dewan sesak, termasuk dikalangan rakyat dan profesional. Majlis disusuli dgn penerimaan ribuan ahli baru.

Sdr Ansari dan Dr Jeffrey memulakan ucapan menekankan masa depan terjamin dibawah KeADILan dan Pakatan Rakyat.

Saya menyorot kembali pengalaman Pilihanraya Umum Ke-12 yang dinodai dengan penipuan dan tipu helah. Namun kemenangan di Semenanjung cukup menakjubkan.

Kita ulangai jaminan keadilan buat semua, royalti minyak 20 peratus.

Maka sukar buat Ahli Parlimen menolak pelawaan kita berdasarkan tawaran yang menunjukkan kepedulian terhadap rakyat.

Tidak ketinggalan menjelang tengah malam adalah celoteh khas secara rahsia dengan ahli parlimen BN!!

ANWAR IBRAHIM

http://anwaribrahimblog.com/

Anonymous said...

UMNO sepatutnya dah jadi pembangkang kalau tak dek kerana pengundi hantu, mungkin ini balasan tuhan terhadap UMNO(parti yg dipegag oleh org islam, tetapi banyak melakukan penipuan,
saya rasa peluang harus diberi pepada Datuk Seri Anwar Ibrahiim!!!!!Insyaallah peluang harus diberikan kepada beliau..

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Terima kasih atas semua komentar yang dititipkan di sini.

Kita semua mempunyai pendirian yang berbeza dan masing-masing mempunyai hak untuk mengkritik mahupun menegur mereka yang kita gelar pemimpin.

Tidak kiralah mereka itu bernama Abdullah Ahmad Badawi, Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Wan Azizah dan sesiapun jua.

Saya tidak nampak seorangpun pemimpin di Malaysia ini yang layak kita anggap sebagai cukup sempurna segalanya.

Di sini ingin saya jelaskan bahawa saya bukannya mengkritik Anwar di atas ideologinya itu tetapi saya mengkritik cara dan kaedah yang diharapkannya untuk 'berkuasa' itu.

Nampaknya ada yang menganggap apa bezanya cara 'kotor' berlompatan parti ini dengan yang pernah terjadi kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1990-an yang hilang kuasa dek kerana ramai ADUNnya yang memasuki Barisan Nasional.

Saya kira andai itu dianggap sebagai kotor, tidak moleklah juga seorang yang memperjuangkan prinsip keadilan, kemakmuran dan apa jua konotasi indah lainnya untuk 'menggunakan' kaedah 'kotor' yang serupa.

Tidak kiralah BN mahupun PR, hormatilah amanah dan kehendak rakyat di PRU 12 itu. Mereka memilih parti yang menang itu (tidak kira sama ada pemenangnya UMNO, PAS, PKR, MCA, DAP, sebagainya...) maka andai anda ingin undi mereka untuk parti anda, berusahalah dengan gigih lagi di PRU mendatang.

Lex said...

Ya ideologi kita berbeda tetapi tujuan kita sama iaitu ingin melihat Malaysia terus memacu ke hadapan dan memartabatkan rakyat.

Mungkin "kaedah" atau cara Anwar "memancing" ahli parlimen BN Sabah itu dilihat sebagai "tidak beretika" atau "tidak berakhlak" bagi sesetengah orang, tapi mungkin juga ianya dilihat sebagai "menegakkan yang hak" bagi pihak yang lain pula.

Sudah tentu kita tidak lupa dengan ungkapan yang disinggung oleh Mahathir di dalam prinsipnya berpolitik selama 22 tahun – matlamat menghalalkan cara – juga menjadi ungkapan semacam sinonim buat sang pemimpin yang bertindak sewenang-wenang memimpin bagai bersultan di mata, beraja di hati. Seperti yang pernah kita ketahui di dalam hikayat Melayu, perangai para sultan Melayu lama. Kejam, zalim, olah-olah mereka pernah membaca Principe II (Pemimpin) karangan Machiavelli.

Jika kita mengikut pola pemikiran aliran Mahathir ini, tidak salah Anwar melakukan ini, kerana yang lebih penting adalah "matlamat" yang perlu dituju. Sekotor mana cara sekalipun, persetankan saja, yang penting aku berkuasa dan sapa lawan ISA jawabnya!

Yang lawaknya, pemimpin UMNO dan BN tak pula kata Mahathir tidak beretika atau tidak amanah apabila penangkapan besar-besaran tahanan politik dalam operasi lalang ataupun peristiwa pembunuhan Ibrahim Libya di Memali..Wahh! Bunuh orang beretika, lompat parti tak beretika...Hehehe. Tapi saya rasa, sekarang orang UMNO mesti berani kata Mahathir tak beretika sebab itu bukan lagi bos dia. Resam orang UMNO..Siapa ketua itulah yang disembah! Untuk itu syabas kepada abang Fendy kerana abang tidak seperti orang "UMNO typical" yang tahu menjilat saja tak henti-henti.

Ada orang kata "Eh tak apa, biarlah Mahathir nak kejam atau campak seramai mana pon orang dalam penjara...Yang penting dia bangunkan Malaysia dan kita hidup senang-lenang.."

Baik mari kita gunakan "lagu" yang sama kepada kes "lompat parti", "Eh tak apa, biarlah Anwar nak pancing MP Sabah itu, yang penting lepas tu ekonomi bagus, minyak turun, hak rakyat terjamin.."

Lihat inilah keunikan argumentasi, ianya boleh diputar dan dimainkan mengikut siapa penulis liriknya...

Harus diingat lapangan politik ini adalah bayangan kepadan lapangan peperangan. Di dalam peperangan, segala-galanya mungkin...

Benar kata Nabi, "Perang itu adalah tipu daya", barangsiapa yang "penuh muslihat," dialah "player" terunggul dalam permainan itu.

Seperti mana muslihat yang dicadangkan oleh Salman Al-Farisi untuk membina "longkang" di dalam perang Khandak, bidalan yang sama apabila melihat muslihat yang dibawa Anwar untuk membina "longkang" untuk memastikan BN tersungkur dengan bergaya.

Inilah politik...politik yang memungkinkan segala-galanya..

Bagi saya, amat penting untuk kita menukar kerajaan sekarang. Kita tidak boleh tunggu lagi! Setiap saat yang diberikan kepada Barisan Nasional untuk meneraju Malaysia adalah kehancuran kepada negara.

Sekarang bukan "amanah" rakyat isunya. Kalau nak dikira amanah rakyat, telah banyak amanah rakyat yang dicabul oleh penguasa dan pemerintah Barisan Nasional. Begitu banyak hak rakyat di dalam perlembagaan Malaysia dipijak oleh penguasa dan pemerintah Barisan Nasional.

Isunya sekarang selamatkan Malaysia! Rombak Badan Kehakiman! Rombak Badan Pencegah Rasuah! Rombak Suruhanjaya Pilihanraya, Rombak rombak rombak rombak....masih begitu banyak kerja kita rupanya...

Datuk Seri Anwar Ibrahim...Jangan mati lagi...kita ada banyak kerja sedang menunggu...

Anonymous said...

Saya harap DSAI dapat menghormati keputusan PRU12 sebagaimana BN menghormati keputusan pengundi di lima negeri yang memilih untuk berpayungkan pakatan rakyat sebagai kerajaan baru.

Sekiranya perbuatan melompat parti seperti yang dicanangkan oleh DSAI itu berlaku,satu malapetaka yang besar pasti akan berlaku di negara ini.Politik negara akan menjadi tidak stabil dan pelabur2 pasti akan merasa ragu2 untuk melabur di negara ini dek kerana kerajaan boleh ditukar sesuka hati seumpama menukar baju di pasaraya.

Perbuatan sebegini adalah satu pengkhianatan kepada parti, penyokong2 yang berusaha keras untuk memenangkan calon tersebut serta penduduk yang mengundi mereka sebagai ahli parlimen.Perlu diingat bahawa majoriti pengundi "atas pagar" seperti saya hanya mengundi calon2 PRU berdasarkan parti yang mereka wakili,bukan kerana diri calon itu sendiri.Saya pasti jika DSAI bertanding atas tiket BN,pasti beliau akan kalah teruk sepertimana calon2 BN yang lain.

Sekiranya ahli2 parlimen tersebut ingin melompat parti,lakukannya secara gentleman.Letak jawatan dan adakan semula pilihan raya kecil di kawasan yang mereka wakili.Bertandinglah atas tiket parti baru yang mereka sertai dan buktikan bahawa pengundi memang memilih mereka berdasarkan faktor diri mereka sendiri dan bukan kerana parti yang mereka wakili.

Saya sendiri adalah peminat DSAI, tapi sekiranya DSAI berkuasa dengan cara sebegini,tak mustahil yang saya akan bermusuh dengan beliau kerana mempermainkan pengundi dan memanipulasi politik negara.

pendek kata,matlamat tidak menghalalkan cara.

"Rakyat itu kerajaan dan kerajaan itu rakyat,namun sekiranya kerajaan menindas rakyat,maka rakyat itulah kerajaan"

Salam marhain

Anonymous said...

"Menegakkan yang hak" bagi pihak yang lain; Jadi, apakah dengan mencabuli hak majoriti itu betul? Dengan menegakkan "hak" anda, hak orang lain dianaktirikan. Dihalalkan atas dasar parti yang bakal "menegakkan yang hak" itu pilihan anda? Jikalau begitu, tidak kah perbuatan tersebut sama sahaja seperti dengan parti yang anda hendak jatuhkan?

Bunuh orang? Jangan cakap saja kalau tiada bukti. Innocent unless proven guilty, remember? Atau adakah sekali lagi, ianya hanya tertakluk kepada orang yang bukan dari kalangan komponen Barisan Nasional sahaja?

Melihat Kesunyataan said...

Assalam-mualaiku wbr.,
Tuan,
Saya tidak bersetuju dengan tuduhan sdr. yang menyatakan Anwar Gila Kuasa. Kalau kita lihat sejarah perjuangan Anwar yang penuh ranjau itu, saya rasa sudah sepatutnya Anwar berbuat demikian. Sudah puas dia dipermalukan dan dizalimi. Kini berilah peluang kepadanya untuk menebus kembali maruahnya. Jelas Anwar tidak ada dendam, meskipun kepada Tun Dr. Mahathir. Ramai orang menyatakan Anwar tidak 'Sabar'. Betulkah? Bagaimana Tun Dr. Mahathir yang berkuasa selama 22 tahun itu? Sebenarnya bukan masalah tidak 'sabar'. Saya sendiri akan menjadi tidak sabar apabila melihat betapa banyak kesilapan dan masalah yang berlaku sepanjang tempoh tersebut. Kalau tidak masakan kerajaan terpaksa menebal muka 'mengakui' kesilapannya dalam isu pemecatan Tun Salleh Abas itu. Banyak lagilah, kalau nak ditulis boleh buat satu novel.

Saya sendiri sebenarnya sudah lama berada dalam politik UMNO. Saya sendiri sudah menyertai UMNO lepas SPM dan bekerja di pejabat UMNO. Saya tahu sangat sepak-terjang dalam UMNO. Kakak saya sendiri kini menjawat Ketua UMNO Bahagian. Dia sendiri mengakuinya, tidak sama UMNO semasa ayah kami berjuang dulu. Saya sendiri sentiasa berada di belakang perjuangan UMNO. Tetapi dalam soal 'kebenaran' saya tidak sanggup melacurkan dengan sesuatu yang tidak selaras dengan Islam. Banyak tuduhan terhadap Anwar atau siapa saja. Tak kiralah Pak Lah atau Tun Dr. Mahatihir sendiri. Anwar ada kelemahannya sendiri. Tun Dr. Mahathir pun ada kelemahannya sendiri. Begitu juga Pak Lah. Kita pun begitu juga tentu ada kelemahan sendiri. Kalau dengan Tun Dr. Mahathir saya sendiri mengakuinya sebagai seorang negarawan ulung. Dia mempunyai pemikiran yang bernas dan telah berjaya memebawa Malaysia ke suatu tahap kemajuan yang sukar untuk dipercayai. Kita harus menghormatinya. Kalau sekarang ini dia bercakap atau mengkritik, kita harus menerimanya dan cuba berfikir dengan lojik daripada terus menyerang beliau.

Sebenarnya kita perlukan orang-orang seperti ini. Mereka adalah Hang Nadim di kalangan orang Melayu. Jangan bunuh pemikiran mereka.

Wasalam.

Lex said...

Kepada Azreen,

Hak majoriti mana yang dicabuli? Adakah dengan menolak beberapa kerat elit UMNO daripada mendapat kontrak yang berlindung di bawah "Dasar Ekonomi Baru" dikatakan mencabuli hak majoriti?

Apakah benar majoriti rakyat mahu UMNO memerintah?

Apakah dengan statistik UNDI POPULAR itu yang belum tentu KESAHIHANNYA dan jelas dipengaruhi unsur-unsur pengundi hantu dikatakan mencabul hak majoriti?

Berapa banyak undi-undi pos yang disedekahkan kepada UMNO dan BN supaya mereka menang percuma? Apakah dengan menolak ini dikatakan menafikan hak majoriti?

Majoriti apa yang awak maksudkan?

UMNO dan BN wajib ditumbangkan jika benar menghormati hak majoriti.

Percayalah jika Pakatan Rakyat memerintah, UMNO dan BN sudah pasti akan terus terkubur kerana segala penipuan mereka di dalam pilihanraya akan didedahkan dan segala penyelewengan untuk memenangkan golongan elit tertentu seperti MENTERI PERTAHANAN mereka akan dibogelkan kebenarannya. Kemudian kita akan hantar dia jadi DUTA di Monggolia. Amacam?

Pakatan Rakyat tidak akan pernah sama dengan Barisan Nasional. BN mahu terus memerintah bagi mempertahankan status quo mereka dan memerap segala kebobrokan dan salah guna kuasa selama puluhan tahun lamanya. Rasanya kerosakan itu sudah bernanah dan terlalu busuk sehingga boleh dihidu rakyat kebanyakan.

Pakatan Rakyat pula mahu memerintah demi membongkar segala penipuan ini dan akan membebaskan semua badan-badan berkanun/polis/tentera/kehakiman/
suruhanjaya pilihanraya/media dan
sebagainya daripada cengkaman kuku
besi pemerintah dan penguasa yang gilakan kuasa.

Pakatan Rakyat perlu mengambil ruang ini kerana jika mereka berlengah lagi, dikhuatiri Barisan Nasional jika diketuai Najib Altantuya akan melancarkan penipuan yang lebih dasyat demi menghadapi PRU13 nanti.

Justeru itu, Pakatan Rakyat tidak boleh berlengah lagi. Kata Umar Al-Khattab, "Kebatilan yang dirancang dengan berstrategi akan menewaskan kebaikan yang tidak dirancang rapi."

Maka atas desakan itu, Pakatan Rakyat perlu bersegera. Selamatkan Malaysia daripada ancaman Najib Antatuya. Bayangkan dia tak jadi PM lagi kerajaan Monggolia dah nak tarik hubungan diplomasi dengan Malaysia. Kalau dia jadi PM nanti apa laa gamaknya jadi lagi nanti?

Barisan Nasional dan Najiblah yang sebenarnya menafikan hak majoriti rakyat Malaysia. Majoriti rakyat Malaysia tidak bersalah dengan Antatuya, tetapi kenapa rakyat yang perlu dihukum dan dinafikan hak diplomatik, justeru BN wajib dikuburkan tanpa lengah lagi.

Wassalam

Lex said...

Haa dan lagi satu sebelum terlupa bab bunuh orang dekat Memali.

Saya cakap sebab ada bukti. Memang RTM ada rakam video peristiwa Memali. Dan saya sendiri pon tengok rakaman itu dan membaca kertas putih peristiwa Memali.

Sememangnya peristiwa Memali adalah kesalahan UMNO dan Barisan Nasional di bawah Pimpinan Mahathir (semoga di insaf sebelum maut menjelang tiba) ketika itu.

Allahyarham Al-Syahid Ustaz Ibrahim adalah tokoh agama di Malaysia. Beliau mendapat biasiswa daripada kerajaan Malaysia untuk belajar di Timur Tengah.

Hanya kerana dia tidak menyokong kerajaan dan membuka kelas agama di kampungnya, dia dibunuh dengan kejam. Dia dituduh menyebar ajaran sesat! Ajaran sesat apa? Padahal yang sebenarnya dia menyebarkan kejahatan UMNO dan Barisan Nasional justeru menimbulkan perasaan yang sangat tidak senang oleh kerajaan ketika itu. Orang kampung semua tahu!

Bagaimana mungkin orang kampung yang hanya bersenjatakan lastik dan cangkul di belasah dengan bidikan peluru hidup. Bukan itu saja, kereta perisai tentera di bawa untuk merodok madrasah tempat Ustaz Ibrahim mengajar.

Ustaz Ibrahim Libya mati dengan keadaan yang menyayat hati. Persatuan Ulama Kedah (PUK) memfatwakan Ustaz Ibrahim sebagai Syahid Fi Sabilillah. Orang UMNO lah yang bersalah dalam hal ini. Ibrahim libya itu bukan Melayu kah? Kenapa mesti dia dibunuh????

Ya Allah, berilah petunjuk kepada Mereka yang zalim ini. Orang Memali tahu cerita ini. Anak isteri Ibrahim Libya pon masih hidup lagi. Kalau awak tak percaya, pergi ke Memali dan tanya sendiri. Hanya jauhari mengenal manikam. Yang salah tetap salah!

fendy_ahmad said...

Salam Buat Semua,

Saya kira menuduh orang membunuh dan seumpamanya adalah amat besar silapnya di sini.

Saya kira pihak yang menyatakan fakta harus selidik siapakah Menteri Dalam Negeri sewaktu itu. Dan andai benar sekalipun fakta yang cuba diterangkan, tidak bijak rasanya kita membuat kesimpulan mudah diri sendiri teruatamanya untuk perkara yang melibatkan dakwaan bunuh. Ia kelihatan amat berbahaya sekali.

Terima kasih ats respon saudara/saudari.

" Rasional kita semua membina kemakmuran negara tercinta ini "

Lex said...

Ermm kes Memali ni kalau Azreen ni tak tanya maka tak perlulah saya huraikan di sini.

Perbahasan tentang Memali ni sudah lama sebenarnya diperdebatkan di dalam Parlimen semenjak dari zaman Allahyarham Ustaz Fadhil Noor lagi.

Perkara ini semacam berkubur begitu saja. Ustaz Fadhil Noor adalah orang yang paling lantang di dalam parlimen ketika itu dan mendesak agar kerajaan membayar pampasan kepada keluarga Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya.

Kebetulan pula memang saya buat "kajian" masa tingkatan 3 dulu tentang kes Memali dan saya telah ke kampung Memali itu sendiri dan menemuramah orang di sana. Sebagai perkongsian, orang Melayu Memali memang mendakwa UMNO sebagai "pembunuh"...Bunyinya mungkin terlalu keras bagi orang UMNO yang baik...tapi itulah hakikatnya..Bisa Memali masih ada sehingga sekarang...Cuma kerana ia didiamkan, tidak bermakna ia telah selesai atau tamat.

Kalau perkataan bunuh tak sesuai digunakan di sini, boleh saja kita gantikan perkataan lain sebagai halwa telinga dan penyedap rasa..Tapi sesedap mana pon kiasannya, maksudnya tetap sama..Jadi lebih baik saya berterus terang. Orang Melayu Memali sudah lama beranggapan begitu, dan itu adalah hakikat!

Siapa mahu bertanggungjawab? Tepuk dada tanya Iman...Ustaz Fadhil Noor dan Ibrahim Libya sudah ke rahmatullah...Perhitungan ini akan di sambung lagi di akhirat sana..Tunggu...

Anonymous said...

yezza..menarik perbahasan di sini.tp pasal anwar nak ambik alih atau apa2 sekalipun..trima sajala..jgn la tuduh dia gila kuasa..adakah kita berada sama dlm landasan perjuangannya?siapakah kita yg baru nak mengenal erti hidup di dunia?bilamana kita berada di tmptnya,keadaan mendesak utk melakukan perubahan secept mungkin,barulah kita tahu keadaan sebenar..

biar apa pun berlaku,kita tk perlu trlalu taksub kpd "org".tp kalo org tu bawak benda betul,mestilah/wajiblah disokong.Islam hanya meletakkan kebenaran sbg benchmark.kalo salah,hebat cmna pun org tu perlu ditolak dan ditegur/dibaiki.Begitu juga kesah turunnya surah 'abasa wa tawalla.

tp tuduhan mr fendy "gila kuasa" sesuatu yg berat dan salah di sisi agama..katala org ckp kt mr fendy.."mr fendy gila kuasa!" harhar..tp dlm amsa yg sama..mr fendy benar2 mahu menegakkan kebenaran di FBL.ha..amcam bro? :D

mungkin boleh ditukar kpd ayat persoalan..mengapa anwar mahu buat cmtu or apa2 ayat lain yg bukan bunyi menuduh.itu dh jd tuduhan ...tktau benr atau tidak..

satu lg..undi popular tk membawa apa2 makna..popular di kalangan org2 sendiri..mmg la..popular id klgn mereka2 yg hidup senang lenang..cuba hantar pi kt kwsn2 pedalaman nun..kt kwsn2 org melayu di kuala gula..ape cer..

mr fendy mempunyai idea dn pndgn tersendiri.dan dr segi kupasan ide itu ada fakta dan gaya tersendiri.tp rasanya perlu dicambahkan lg supaya tk menjurus kpd satu pihak,atau sengaja membutakan mata utk satu pihak yg lain.

usaha lagik!

Abafahim said...

Salam.

Byk perbincangan ilmiah berkenaan topik ini. Penuh dgn fakta2 panas. polemik. retorik dan ungkit mengungkit terutamanya apabila P.Rakyat telah dengan tidak sengaja (terima kasih atas 'pengaruh' p.lah & KJ) meraih kejayaan diluar dugaan.

Apabila dikatakan politik, bagi yang terdesak,mereka akan menggunakan apa cara sekalipun apabila ingin memegang kuasa walaupun bercanggah dengan maruah, prinsip, hukum agama dsb.

Apsal orang2 UMNO nak kisah?!!, biarlah anwar dan pengikut2nya hidup bersama angan2 dan cita-citanya. Kalau ditakdirkan anwar menjadi PM, maka tiada kuasa kita menghalangnya.

Pada masa ni apa yang patut orang2 UMNO buat ialah mendesak agar rombakan besar-besaran dan kepimpinan baru UMNO dilakukan secepat mungkin kerana hanya cara itu sahaja boleh mengubah nasib UMNO dan seterusnya kalau dizinkanNYA kembali boleh memenangi hati rakyat.

Sekiranya tiadanya perubahan, maka bersedialah menerima saudara Anwar (prefer Tok Guru Nik Aziz sebenarnya) untuk mengetuai kerajaan yang 'adil' dgn semua kaum akan mendapat hak2 yang samarata seperti yang dicanang2kan oleh Anwar.
Selepas tu orang2 melayu jgn nak bising, nak memekak nak mintak lebih2. Ini negara kaum cina, kaum melayu dan kaum india tau!!!. Sikalang mana ada mana2 kaum special punya, Kalau lu mau cari lu punya hak2 istimewa orang2 melayu dan itu Tanah melayu, lu pegi bacalah buku teks sejarah Darjah 6 atau lu pegi jalan2 muzium la.

Lex said...

Bercakap soal hak ni, kadang-kadang buat saya rasa geli-geliman..naik bulu roma tengkuk.

Sebagai orang Islam berbangsa Melayu, memanglah seronok bila dengar HAK KETUANAN MELAYU ataupun HAK ISTIMEWA MELAYU.. Seronokkan bila rasa "special"? Tapi jangan pulak seronok sampai naik syeikh syok sendiri!

Haihh...kenapalah susah sangat kita nak mengiktiraf "hak samarata kaum" ni..Saya pon peliklaa..Takut sangat melayu hilang "HAK ISTIMEWA" yang tatau pon apa yang istimewanya..

Kalau saya diberi 2 pilihan, antara HAK ISTIMEWA dan kuasa MONOPOLI EKONOMI, saya pilih MONOPOLI EKONOMI. Nak hak istimewa, kaum Red Indian kat Amerika Syarikat pon ada hak istimewa, tapi yang menguasai Amerika orang Yahudi jugak.

HAK ISTIMEWA ni sebenarnya ibarat CANDU yang mengkhayalkan orang Melayu kat Malaysia ni. Jadi syok sendiri khayal semacam sampai langsung tak nak bersaing secara adil.

Adus ingatlah misi kedatangan Islam bukan memberi "HAK ISTIMEWA" kepada bangsa-bangsa tertentu sahaja, tetapi membawa KERAHMATAN KEPADA SEKALIAN ALAM! Takkan tak paham-paham lagi!

Dengan jelas sekali Allah SWT. Menerangkan hal ini di dalam firman-Nya:

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan serta menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Q.S. Al-Hujarat:13)

Dan diperkuatkan lagi dengan Sabda Rasulullah SAW:

"Tiada kelebihan bagi orang arab atas orang ajam (bukan arab), dan tiada kelebihan orang ajam atas orang arab kecuali karena Taqwanya". (Al-Hadits) ( Dengan taqwa akan menempatkan orang arab dan ajam menjadi mulia).

Nampak tak betapa ADILNYA ISLAM itu yang tidak membezakan antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kenapa susah sangat ORANG KUAT UMNO nak faham! Mana lebih mulia? UMNO atau ISLAM? Jawab-jawab!

Apa akan jadi kalau dulu Nabi kata Islam ni untuk orang Arab saja? tak ker kempunan orang Melayu? Atau pon Nabi kata kalau orang Arab buat satu kebajikan dapat 100 pahala, orang selain Arab buat satu kebajikan dapat 50 pahala sahaja. Rasa terhina tak?

Sama la jugak sekarang ni. Orang Melayu bangga ngan Melayunya saja, nak dibelai-belai, Nak "Hak Istimewa", bagaimana dengan bangsa lain? Tidakkah mereka rasa disisihkan atau jadi SECOND CLASS CITIZEN?

Aduhai Saleha...Panjang kalau nak hurai benda alah ni.. Yang peningnya dok marah-marah bangsa lain padahal dulu Tengku Abdul Rahman yang mengiktiraf kemasukan besar-besaran bangsa lain..Sekarang orang UMNO plak bising-bising!

P/s: Hanya satu saja sebab saya bersetuju jika mahu hak melayu ini dikekalkan..Itupon kerana Melayu ini sinonim kepada Islam.. Dan Anwar sendiri pon dah jamin hak melayu dalam perlembagaan TIDAK akan diusik sama sekali. Jadi orang kuat UMNO janganlah risau kalau tak memerintah nanti. Takdaknya orang Melayu kena buang negara atau lucut warganegara kalau Pakatan Rakyat memerintah. Lagipon hakikat sekarang, ramai orang Melayu yang dah murtad. Salah sapa tuh? Dalam bercot-cet cot-cet hak Melayu, orang Melayu pakat ramai-ramai nak murtad! Sapa nak jawab kat akhirat nanti? Najib Altantuya ker?

Abafahim said...

En Fendi;

(Yang buat kajian masa tingkatan 3 pasal memali tu aku memang respek. Aku buat kajian geografi tempatan je masa Tingkatan 3).

Kesedaran dan matlamat asal orang melayu dahulu berpolitik adalah semata-mata untuk mempertahankan agama, bangsa dan negara. Maka teruskanlah pada generasi pada masa kini dengan matlamat dan wawasan yang sama.

Pada masa ini ramai tokoh2 melayu daripada pemimpin P.Rakyat yang memperjuangkan hak-hak kaum lain untuk mendapat hak2 samarata dengan kaum melayu, tetapi malangnya sehingga ke hari ini, kita masih belum lagi mendengar mana2 tokoh daripada kaum2 lain yang mendesak agar hak-hak keistimewaan orang melayu dipelihara.


Siapa yang wajib memperjuangkannya kalau bukan kita orang-orang melayu sendiri. Orang-orang melayu perlu menjadi bijaksana didalam melihat senario politik pada masa kini sepertimana kaum cina yang bersatu tidak mengira fahaman politik untuk menghalang stigma
'3rd Generation' melanda kaum mereka.

Stigma 3rd Generation ialah satu stigma turun temurun oleh datuk nenek mereka bahawa kekayaan masyarakat cina semasa kehadiran mereka ke tanah melayu (malaya) akan terhenti setakat generasi ketiga sahaja (saya percaya generasi ketiga itu ialah generasi masa kini).

Saya percaya bahawa badi 3rd generation tersebut kalau melihat kepada senario sekarang, mereka telahpun berjaya menghalangnya malah bakal mendapat habuan yang lebih besar.

Maka, jadilah kita orang2 melayu yang bijaksana.

Anonymous said...

UMNO lg gila kuasa..tkkan tk tgk apa jadik ngn ahmad said vs idris jusoh@t TERNGGANU?di perlis amacam?shahidan vs mr. sabu?:p

Abafahim said...

En Lex yang bijaksini;

Ayat2 quran dan hadith yang menjadi otoriti hujahan tadi tu mengatakan "sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah adalah orang yang bertaqwa"

Sekarang cakap dekat aku "kaum cina dengan kaum india", diorang ni, bertaqwa ke? (kecuali Islam).
Cina dikaitkan dengan agama buddha, India=agama Hindu. Tak ke melayu dikaitkan dengan Islam? (kecuali murtad).

Itu sebabnya pada zaman Kerajaan Islam adanya kafir zimmi (yang menerima kerajaan Islam). Diorang ni kena bayar fidyah. Taraf diorang tak sama dengan orang Islam.

Takpela..hati2 berhujah dgn nas2 Al Quran & Hadith.

Lex said...

abafahim yang dikasihi

Memanglah tak dinafikan ayat Qur'an itu merujuk kepada orang yang bertakwa yakni orang Islam.

Tetapi jauh lebih itu, Qur'an yang Agung dan Hadith yang mulia tersebut dengan tegas menyatakan "manusia tidak dibezakan dengan bangsa, keturunan, dan warna kulit!

Masalahnya orang UMNO jaja seluruh pelosok kampung dan ceruk membawa dakyah KONONNYA kalau mereka kalah, orang Melayu tak terbela! Itu hasutan dan hati busuk namanya!

Dan lagi orang UMNO dok sembang-sembang bela Melayu, Melayu apa! Melayu Islam atau Melayu Perasuah? Orang Cina dan India pon ramai masuk Islam tau! Mereka tuh nak campak kategori mana?

Sentimen perkauman ini memang tak akan kemana, malah akan menjumudkan minda adalaaa.. Sebab itu Islam dimulakan dengan unik sekali di mana Rasul telah memulakannya dengan asas yang paling kukuh. Lihat saja Bilal yang berbangsa NEGRO dilantik sebagai Muadzin, Salman Al-Farisi sangat dikenali dan dimuliakan oleh Rasul walaupun bukan berbangsa Arab. Ini menunjukkan Islam memang menolak sama sekali sentimen Bangsa!

Abafahim yang mulia berkata orang Cina dikaitkan dengan Buddha, India dikaitkan dengan Hindu, Abestu macam mana pula Cina dan India yang beragama Islam? Tidakkah UMNO mendiskriminasi mereka? Takkan Mamak saja boleh masuk UMNO? Cina Islam dan India Islam camne plak?

Cakap tentang kafir Zimmi ni panjang huraiannyer..Secara kasarnya orang Cina dan India kat Malaysia ni bolehlah dikatakan Zimmi sebabnya mereka takdaklah runtuhkan masjid atau bunuh orang Islam secara terang-terangan sekarang ni.

Saya memang akan berhati-hati bila guna Quran dan Hadith kerana ini agama saya. Saya takkan sewenang-wenangnya tambah perkataan "Hadhari" kat belakang agama saya sebab saya yakin agama saya Islam dan bukannya Islam Hadhari.

Lantaklah PakLah nak terang apa pon kerana agama saya Islam bukan Islam Hadhari.

Hadith Nabi tentang hak Cina India Zimmi ni banyak. Meh tengok satu-satu:

Barangsiapa yang melakukan kezaliman terhadap orang kafir yang ada perjanjian dengan pemerintah islam, atau membatalkan haknya, memberatkan kepadanya lebih dari kadar kemampuannya, mengambil daripadanya dengan cara yang tidak baik, maka aku akan mempertahankanya di hari Kiamat (Sirah dan riwayat hidup Nabi Muhammad SAW : m.s 422. dan Al-Aqalliyyat Ghair Al-Muslimah fi Mujtama’ Al-Islami : m.s 153.)

“Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka sesungguhnya dia telah menyakiti Allah"

“Barangsiapa yang membunuh kafir yang ada perjanjian, maka dia tidak akan dapat membau bauan syurga, padahal bau syurga itu didapati walaupun jarak perjalanan itu mengambil masa 40 tahun sekalipun"

Itulah antara-antara hadith yang dinaqalkan oleh para muhaddithin. Orang UMNO ni kalau tgk kat Malaysia memang dah lama nafikan hak orang Cina dan India, sebab tuh diorang memberontak. Memanglah pak menteri dan Media hak kerajaan akan mencanangkan setiap hari bahawa kerajaan dah berlaku adil kepada semua kaum!

Tapi hakikatnya abafahim boleh temuduga banyak budak cina dan india sekarang, dan majoritinya tertekan dan tak puas hati kerana banyak sebab. Antaranya sebab biasiswa dan lain-lain.

Kalau pak-pak Menteri UMNO ni tak kuat makan rasuah dan kemut duit rakyat, bolehlah kita salurkan duit itu kepada baik Melayu, Cina atau India. Ini tak, dah lah bangsa sendiri pon tak terbantu, pastu zalim ngn bangsa lain plak tu.

Sudah tamat era UMNO sekarang...Sudahlah UMNO..terjunlah luncai bersama labu labunya....

Anonymous said...

sekarang ni kebanyakan blog2 UMNO dah jadi macam ala2 pembangkang pulak, haha..mungkin persediaan utk menjadi pembangkang kot,

tu la dulu sebelum election takbur sangat!!!!!!

Abafahim said...

En Lex yang dikasihi.

U made a point there and i do understand.

As per nas2 that u have stated, it shows how beautiful Islam is being justice to the non believers.

As.per what u have stated the best before Allah are those who are pious. Well, it denotes clearly those who pious among muslims are the best b4 Allah. However, non believers do not come into the picture and i believe u are agreeable with that.

I extremely agree that the rights of non muslims must be protected as per nas2 you have stated, however these question will help u to understand more my point. 'should their rights be equal to those who are muslims?' and 'whether Rasulullah while governing an Islamic state, the rights of a muslim and a kafir are equal?.

Semoga kita dirahmati Allah.

Lex said...

Abafahim yang dikasihi

Terima kasih kerana bersetuju dengan saya dalam beberapa perkara. Itu sudah cukup bagi saya kerana pada saya apa yang penting kebenaran perlu ditegakkan. Kata Imam Syafie R.A "Aku tidak berdebat atau berhujah dengan seseorang itu melainkan aku mengharapkan agar Allah menzahirkan kebenaran di atas lisannya."

Saya bersetuju bahawa ayat Qur'an yang saya nukilkan terdahulu merujuk kepada orang Islam. Itu tidak ada keraguannya. Namun sebagaimana yang telah saya sebutkan, ayat Qur'an yang mulia itu juga dengan jelas membawa isyarat bahawa "manusia tidak dibezakan dengan warna kulit atau keturunannya." Ini juga jelas dan menunjukkan Islam menolak secara TOTAL politik perkauman.

Sebagaimana Islam menolak politik kebangsaan sempit yang dianjurkan oleh Adolf Hitler, dan juga menolak sikap Assobiyah Arab Jahiliyah, dan juga menolak faham Yahudi bangsa termulia, dan tidak kurang juga Islam menolak fahaman politik kemelayuan semata-mata. Sejarah telah melakarkannya dan ianya berulang, tetapi apakah kita mengambil pengajaran? Saya katakan TIDAK kepada politik ASSOBIYAH perkauman!!

Saya faham dan percaya Abafahim yang dikasihi meletakkan Melayu itu Islam seperti yang disebut dalam Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan. Ya daripada pos-pos saya yang terdahulu telah saya nyatakan, SATU-SATUNYA sebab kenapa saya fikir Hak Melayu ini perlu dikekalkan HANYALAH kerana Melayu dikatakan Sinonim dengan Islam. Dan Anwar Ibrahim telah menyatakan dengan terang dan jelas pada malam "Black 14" bahawa Hak Melayu di dalam perlembagaan TIDAK akan diusik sama sekali.

Abafahim yang dikasihi..Saya kira kita perlu "political honesty" disini apabila membicarakan soal hak Melayu. Siapa yang mengkhianati Bahasa Melayu dengan mengajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris kalau bukan UMNO? Siapa yang mengkhianati bangsa Melayu apabila kontrak-kontrak diselewengkan hanya untuk kepentingan beberapa kerat golongan elit UMNO? Hak biasiswa untuk anak melayu saya kira sekarang ini rata-rata anak melayu dapat pinjaman PTPTN yang cekik darah itu saja..amat sedikit yang mendapat biasiswa kerajaan. Segala hak ini dicatatkan di dalam perlembagaan tetapi UMNO dengan sewewang-wenangnya melanggar dan memijak kerukunan perlembagaan ini!

Semua yang sebutkan di atas adalah "Hak Istimewa Orang Melayu" yang dijamin oleh Perlembagaan. Tapi apa sudah jadi? Apakah UMNO jujur mahu membela orang Islam berbangsa Melayu? Melayu Islam pon tak terbela, macam mana nak bela Cina Islam, India Islam, Kadazan Islam atau Iban Islam? Jauh panggang dari api!

Abafahim telah melontarkan 2 persoalan pokok yang menjadi kunci perbincangan saya.

Pertama, Apakah wajar hak orang ISLAM dan BUKAN ISLAM di sama-ratakan? (ISLAM ini bukan hanya merujuk kepada Melayu semata-mata, tetapi juga kepada siapa jua yang menganut Islam, justeru politik perkauman UMNO tidak relevan)

Kedua, Apakah semasa Rasulullah mentadbir Negara Islam, HAK orang Islam dan BUKAN Islam itu sama?

Untuk menjawab persoalan ini, izinkan saya mencoret bingkisan kisah Umar yang cukup membuatkan saya berasa syahdu dan hiba...Bermain di dalam minda saya..Apakah masih ada pemimpin sepertinya ini?

Sungguh sebuah janji yang berat dilaksanakan sehingga Umar suka mengingatkan dirinya sendiri sambil menitiskan air mata dengan ayat al-Quran yang menggambarkan penghisaban setiap hamba pada hari kiamat nanti, melalui ayat bermaksud: "Hentikanlah mereka, sesungguhnya mereka akan disoal. Bagaimanakah nasib diriku sebagai seorang pemimpin jika seekor anak kambing tersesat di kawasan pemerintahanku, akulah Umar yang akan disoal! Bagaimana dengan nasib janda, anak yatim, fakir miskin, oh…alangkah baiknya jika aku hanya sebatang tunggul kayu!"

Kalaulah nasib seekor kambing pon dibimbangi Umar, Apatah lagi nasib manusia walaupun tak seagama dengan kita? Pemimpin UMNO kaya raya hidup mewah tapi masih ramai anak Melayu, Cina dan India makan nasi berlaukkan kicap! Makan Siput babi pon ada lagi di Sabah dan Sarawak!

Sesungguhnya Allah mahu menguji apakah pada diri seorang pemimpin itu tersimpan jiwa hamba? Sehebat mana populariti yang berhasil dicapai dia tetap seorang hamba Allah. Kemenangan digenggam bukan bermakna dia boleh terlepas daripada genggaman Allah. Untuk itu pemimpin yang disanjung pengikutnya ini semakin rendah hati, taat dan setia kepada Allah melebihi taat dan setia pengikut kepada dirinya.

Dengan semangat iman Rasulullah berdiri memikul amanah Tuhan. Lautan, daratan, air, tanah, api, khazanah alam semesta segala-galanya dimanfaatkan untuk kepentingan umat manusia demi terciptanya kebahagiaan dan kesejahteraan, keamanan dan kasih sayang.

Kalau Pemimpin UMNO ada iman, dia tak akan bongkak dan angkuh mencium keris dikhalayak ramai bercakap tentang "ketuanan Melayu" dan sewenang-wenangnya berkata "Kita tak perlukan Cina dan India untuk memenangkan BN"..Apakah ini ciri-ciri pemimpin Islam! Hahhh..Saya menolak pemimpin sempit otak dan fikiran seperti ini! Apakah dia fikir dengan berkata begitu orang melayu akan bertambah sayang padanya..saya rasa tidak! Malah saya bertambah benci dengan sikap Ego mereka!

Tangan pemimpin yang amanah diredai Allah, disayangi makhluk di bumi dan disanjungi malaikat di langit. Ramai pemimpin UMNO sudah meninggalkan jejak-jejak karismatik yang mempengaruhi keperibadian umat selama-lamanya.

Bermula daripada teladan yang dituliskan dengan tinta emas pada jejak lantai sejarah dunia. Yang tidak dapat ditemui lagi selepasnya, lebih baik daripada sejarah kepemimpinan Baginda Rasulullah SAW.

Penentang dan musuh sentiasa mencari serta mahu menyerang peribadinya, tetapi sayang tidak mereka menemukan setitis pun kehinaan sikap dan perilaku Baginda yang menitis pada belanga kemurnian peribadinya.

Siapakah pemimpin di dunia ini yang boleh memberi khidmat kepada musuhnya, menjadi tempat bernaung penentangnya? Hanya Muhammad SAW yang memberi contoh terbaik bagaimana menguruskan harta benda orang kafir Quraisy yang pernah menghina, menyeksa dan bahkan berniat membunuhnya.

Sehingga Baginda SAW berpesan kepada Ali ketika peristiwa hijrah, supaya memulangkan balik harta dan barang berharga milik orang musyrik yang mereka titipkan kepada Rasulullah SAW. Sungguh pelik, di satu sisi mereka membenci Nabi SAW dan menentang ajarannya, tetapi di sisi yang lain pula percaya kepada kejujuran Nabi SAW sehingga menyerahkan harta bendanya untuk disimpan di rumah Rasulullah SAW.

Kejujuran sudah menjadi timbangan paling berat di mata masyarakat dan tentunya di sisi Allah. Siapapun akan menyayangi pemimpin yang mahu melihat dengan mata rakyat, mahu mendengar dengan telinga umat dan mahu berasa dengan meminjam hati nurani orang yang susah.

Rasulullah SAW sudah memberi teladan bagaimana seorang pemimpin itu tidak segan-segan makan bersama hamba abdi, duduk di atas tanah dan menahan lapar bersama umat yang kelaparan. Supaya lahir dalam jiwanya rasa belas kasihan dan kelembutan hati dalam menerajui pemerintahan. Apakah Pemimpin UMNO sanggup berkhidmat sedemikian rupa! Jangan Harap! Yang dibanggakan gelaran Yang Berhormat! Dato Seri! Tan Sri! Haa kat akhirat nanti Malaikat sebut Fulan bin Fulan saja..Berlagaklah di dunia ini sementara ada masa..

Tetapi Rasulullah SAW juga memberi contoh teladan mengenai ketegasan dan disiplin supaya umat tidak terlena serta lemah keperibadiannya. Fakta sejarah merakamkan lahirnya undang-undang dasar negara pertama di dunia yang menjunjung tinggi hak asasi manusia di Madinah.

Ketika meletakkan asas binaan negara Islam yang pertama, Baginda SAW terpaksa menghadapi permasalahan umat yang sudah bernanah sejak lama, persengketaan antara suku bangsa dan agama.

Aus dan Khazraj adalah dua suku paling berkuasa, sentiasa berperang merebut tampuk pemerintahan, sementara kaum Yahudi dan Nasrani juga hidup di tengah-tengah mereka saling berpecah belah demi kepentingan kaumnya sendiri.

Atas nama Islam semua umat wajib disatukan dengan segala perbezaannya. Untuk itu terciptalah undang-undang negara Islam pertama. Antara prinsipnya yang tertulis dalam sirah Ibnu Hisyam mengenai piagam Madinah ialah:

1. Kesatuan umat Islam tanpa mengenal perbezaan antara mereka.

2. Persamaan hak dan kemuliaan seluruh umat.

3. Tolong-menolong antara mereka dalam segala aspek yang tidak termasuk kezaliman, dosa dan permusuhan.

4. Pembabitan umat dalam menentukan hubungan dengan orang yang memusuhi Islam.

5. Membangun masyarakat dalam satu sistem yang paling baik, lurus dan kukuh.

6. Melawan orang yang memusuhi negara dan pemerintah tanpa memberi sebarang bantuan kepada mereka.

7. Memberi perlindungan kepada orang yang mahu hidup secara damai dan tidak boleh berbuat zalim atau aniaya terhadap mereka.

8. Orang yang bukan Islam bebas melaksanakan agamanya dan mentadbir harta bendanya. Mereka tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam dan tidak boleh diganggu harta bendanya.

9. Orang bukan Islam harus mengambil bahagian dalam membantu negara, seperti orang Islam sendiri.

10. Orang bukan Islam harus membantu umat Islam dalam menghadapi musuh negara selama negara dalam keadaan terancam.

11. Orang bukan Islam juga ikut membantu dengan hartanya selama negara berperang.

12. Negara pula berkewajipan menolong mereka yang dizalimi daripada kalangan orang bukan Islam.

13. Orang Islam dan bukan muslim tidak boleh melindungi musuh negara.

14. Apabila perdamaian akan membawa kebaikan umat, maka semua warga negara yang Islam atau bukan Islam harus rela menerima perdamaian itu.

15. Seorang warga negara tidak boleh dihukum atas sebab kesalahan orang lain.

Rasulullah SAW mengajarkan kepada wakilnya yang memegang tampuk pemerintahan di merata dunia mengenai pentingnya perpaduan dan menjaga kestabilan negara dengan memberi setiap orang akan haknya, walaupun dia bukan daripada golongan orang Islam.

Bahkan, pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, orang kafir zimmi hanya membayar jizyah lebih sedikit jumlahnya daripada zakat yang diwajibkan kepada orang Islam, sedangkan orang kafir zimmi yang tua dan tidak berdaya dibebaskan daripada kewajipan jizyah, bahkan dihulurkan bantuan kewangan daripada Baitulmal umat Islam.

Betapa hebatnya tamadun yang lahir daripada asuhan langit ini, yang mula menenggelamkan tamadun termegah ketika itu, Parsi dan Rom. Dua dunia itu masih berlaku sistem kasta dan perbezaan lapisan masyarakat yang ketara. Sedangkan Islam sudah menghapuskan segala jurang perbezaan melalui ajaran Baginda SAW.

Saya kira saya sudah menjawab 2 persoalan pokok abafahim melalui Piagam Madinah yang dinyatakan di atas. Tiba-tiba saya merenung jauh di sudut hati...Bilakah aku akan menemukan pemimpin seperti ini?...

Justeru itu saya menolak TOTAL UMNO kerana mereka sangat jauh daripada ciri pemimpin yang telah saya sebutkan.

Sinarnya kelihatan pada pemimpin Pakatan Rakyat. Saya berdoa agar Allah memunculkan pemimpin itu agarkan rakyat keseluruhan mendapat manfaatnya dan salah tanggap terhadap Islam dapat dihapuskan.

Saya harap abafahim yang dikasihi dapat memahami saya..

Sekian