Nampaknya lama sudah saya tidak ber'blog' ... Lebih 4 bulan blog ini 'terdiam' sambil 'berehat'...
Mulai dari episod ini, 'cara dan haluan' Inspirasi 1982~~ akan kelihatan 'baru' dan lebih 'bervariasi'....
1) kelihatan 'baru' : Interpretasinya adalah pelbagai dan kadang kadang dalam hidup ini
manusia cuba sedaya upaya mereka untuk cuba 'kelihatan baru'... Terpulanglah pada niat di
hati tentang kenapa kita mahu 'kelihatan baru.' Nasihat saya pada semua, 'kelihatan baru'
kadang-kadang penting demi 'survival' diri.... Tetapi awas jika persekitaran kita cuba
memberikan interpretasi negatif terhadap proses kita yang cuba untuk 'kelihatan baru.'
2) 'bervariasi' : Ia adalah umpama kita cuba untuk menambahkan 'rencah' dan 'aksi' dalam
penonjolan diri mahupun dalam asimilasi (pergaulan) kita dengan masyarakat umum. Hidup
ini andai tiada 'variasi' mungkin membawa kita kepada masalah seperti tiada hubungan
dengan masyarakat, membosankan, tekanan diri dan seumpamanya. Tapi, andai terlebih
'variasi' juga kelak mungkin membawa masalah. Maka awaslah dalam usaha kita cuba
meaneka-ragamkan diri dan aksi ;)
Akhir kata.... cuba-cubalah fahami maksud dan nasihat tersirat yang cuba saya olahkan...
Salam Insipirasi~~~
Neba2020: Makin ramai manusia 'moden' yang terlupa asal-usul dan asyik melayan kehendak zaman (kononnya) yang 'memaksa' diri untuk menjadi golongan yang sentiasa 'kelihatan baru' dan 'bervariasi.' Aduh, bisa gila dong
1 comment:
tahniah~ kerana telah muncul kembali... :)
Post a Comment