Thursday, July 19, 2007

Proton VS Perodua : Apabila ada ahli politik 'kurang pintar'

Salam Buat Semua,

Sedutan laporan di bawah yang dikeluarkan oleh agensi rasmi berita kerajaan iaitu BERNAMA pada 19 Julai 2007 adalah dirujuk:



Jadikan Perodua pengeluar tunggal kereta nasional


"Seorang senator hari ini mencadangkan agar syarikat Perusahaan Otomobil Kedua Berhad (Perodua) dijadikan pengeluar tunggal kereta nasional, sementara syarikat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (Proton) pula dijadikan sebagai syarikat pemasangan kereta. "

"Senator Dr Mohd Puad Zarkashi berkata ini adalah kerana Perodua menunjukkan lebih kejayaan dari segi penjualan di samping lebih popular di kalangan pembeli kereta tempatan."

"Beliau berkata sebaliknya Proton bukan sahaja mengalami masalah untuk bersaing dengan populariti model-model kereta Perodua, malah turut menerima saingan hebat daripada syarikat-syarikat pemasangan automobil seperti Naza Motor Sdn Bhd, DRB-Hicom Sdn Bhd dan Mofaz."
Rumusan peribadi yang dapat saya nyatakan di sini:

* Tidak dapat saya terima seorang Senator yang mempunyai perkataan 'Doktor' di permulaan namanya mudah membuat konklusi murahan seperti ini.

* Senator ini perlu di ajar tentang sejarah penubuhan PROTON yang membawa erti PERUSAHAAN AUTOMOBIL NASIONAL. PROTON digagaskan oleh negarawan Tun Dr Mahathir untuk melonjakkan keupayaan teknologi berat negara. Daripada tahun 1985 denganproduk sulungnya Proton Saga yang 100% adalah adaptasi daripada model MITSUBISHI(Jepun) hinggalah kepada Proton Waja (2000) yang bentuknya adalah rekaan 100% anakMalaysia dan akhirnya Proton Gen-2 (2004) menjadi produk 100% hasil kreativiti anakMalaysia (reka bentuk dan enjin). Projek NASIONAL bukan untuk ditamat riwayat denganmudah kerana projek NASIONAL mempunyai nilai sensitiviti, patriotik, semangat danpelbagai objektif lain yang impaknya bukan semata-mata atas nama jualan kereta itu sendiritetapi melangkau kepada pelbagai aspek lain (Pernah saya huraikan dalam satu topiksebelum ini).

* PERODUA (Perusahaan Automobil Kedua) yang riwayatnya bermula pada era 1990-an yang dikatakan 'berjaya' oleh Senator ini memang boleh dijangka untuk tidak 'gagal.' Kenapa? Secara ringkas cukuplah untuk kita fahami bahawa sehingga ke hari ini PERODUA hanyalah menjadi 'peniru dan pencetak terus' yang cukup efisien dan sukses. Tahniah buat PERODUA kerana sekurangnya ada meraih kejayaan dan tidak menghampakan negara ! Daripada modelpertama mereka iaitu Kancil (1994) hinggalah kepada Viva (2007), semuanya adalah'saduran' terus 100% daripada model-model keluaran Jepun melalui syarikat DAIHATSU.Malah MyVi (2005) yang diklasifikasikan sebagai model paling popular di Malaysia antaratahun 2005 dan 2007 adalah 'cetakan' model Daihatsu Boon yang yang sebenarnya telahberleluasa di pasaran Jepun sebelum kita 'berbangga' dengannya. Lebih menarik lagi, MyVi itu enjinnya pula adalah 'cetakan' terus daripada enjin milik Toyota Avanza. Inilah erti kejayaan yang difahami oleh Senator ini agaknya ~~~

* Mengapakah Senator ini tidak pernah menyalahkan pengeluaran AP (Approved Permit) yang menggila untuk pengimportan kenderaan luar yang merupakan pesaing terus untuk model-model PROTON (kelas 1.3L - 1.6L) ? Perlu diingat, negara seperti Jepun dan Korea Selatanyang industri pengeluaran kereta nasional mereka telah begitu maju sekalipun masih tetapmengamalkan dasar tidak membuka pasaran kereta secara terlalu bebas kepada kenderaan impot. Adakah Malaysia lebih 'advance' daripada dua negara maju etrsebut? Unik untuk dijawab ~~

Akhir kata, saya tidaklah anti kepada PERODUA kerana PERODUA juga ada peranannya dalam meningkatkan kapasiti teknologi automobil tempatan walaupun belum cukup 'teruji' dengan pengeluaran kereta 100% teknologi anak tempatan, PERODUA juga banyak memberikan peluang pekerjaan kepada anak tempatan. Itu harus dipuji ! Tetapi apa yang membuat saya terguris ialah apabila sudah mula wujudnya golongan cerdik pandai dan berkedudukan tinggi yang nampaknya mudah lupa pada 'sejarah' dan mudah sungguh membuat cadangan 'murahan' tanpa memahami isu yang dibincangkannya. Sedih !

Salam Inspirasi ~~
Neba2020: Teringat zaman sekolah rendah ketika dalam darjah satu (1989 - 18 tahun lepas !) belajar muzik. Kemain gembira bila cikgu ajarkan lagu yang tajuknya saya lupa tetapi liriknya akan tetap bersemadi dalam ingatan selamanya - " Papaku pulang dari kota, papaku belikan kereta..Kereta kecil warna merah, boleh kubawa ke sekolah... POn POn POn POn POn POn POn POn POn POn.. Kereta kecilku berbunyi..... " - Terbayang pula wajah-wajah riang kami sekelas menjerit-jerit kegembiraan menyanyi bersama cikgu.....

3 comments:

Anonymous said...

setuju. kenapa kita nk cari jalan nak stopkan PROTON kenapa tk cari jalan untuk naikkan PROTON. patutnya kita bangga dgn PROTON, our first car from PROTON. patut tengok aspek pengeluaran AP (Approved Permit).kalau skng ni memangla PROTON susah nk competite.interest pun bank bagi kat PROTON tinggi compare dengan kereta lain.just sekarang sama sam fikir nk naikkan balik PROTON. ;)

fendy_ahmad said...

saya merasakan 'nilai patriotik' yang tinggi daripada kepemimpinan amatlah penting....

Andai kepemimpinan ada iltizam tinggi untuk meraih sesuatu yang kadangkala seperti membazir tetapi membawa impak lebih besar kepada pembinaan keyakinan 'Malaysia Boleh' dalam aspek-aspek lain maka perkara tersebut akan berlaku...

Sebelum 1996 tiada yang etrfikir akan ada rakyat Malaysia akan menawan puncak Everest mahupun berlayar menegelilingi dunia seorang diri.. Tetapi dengan iltizam dan sokongan mantap Perdana Menteri ketika itu maka ianya menjadi kenyataan...

Anonymous said...

basically, proton needs to think about solving their issue since their problems started 10 millions years ago.

it's about time somebody say proton should be let down because they never improved up to the standard anyways.

it's a very very competitive world, it doesn't matter who you were before. if you are slow and not competitive enough, you will be shut off.

fix and improve, fix and improve, fix and improve then improve improve all the way. that's how it should be!