Thursday, July 19, 2007

Cerita Makan Kismis Untuk Jadi Geliga

Salam Buat Semua,

Kepuasan dalam hidup ni memang susah tuk kita kecapi. Kadang-kadang matlamat kita tercapai, apa yang kita hendak telah tercapai...Tetapi rasa gembira tu tidaklah terasa lama sebab pengaruh keinginan baru telah timbul. Dalam erti kata lain, kepuasan dalam hidup ni adalah seperti infiniti iaitu tiada garis penamat dan titik noktahnya.

Hmmm, akhirnya kita secara tidak perasaan sebenarnya sentiasa dipandu oleh kata hati (hati atau akal?) yang sentiasa cuba menjadi 'jaguh keadaan' atas nama kemajuan hidup mesti sentiasa dicari (maju sangat ke kita?)....

Salam Inspirasi ~~


Neba2020: Teringat pula kat pesanan Cikgu Wan (Ustaz di sekolah agama dulu), " Makan kismis selalu supaya jadi pandai, kasi otak tu geliga . Jangan asik beli jajan je... " Ini saya rasa satu nasihat yang bagus dan saya praktikkan sepanjang masa. Terima kasih Cikgu Wan :)

1 comment:

Anonymous said...

rindu kat cikgu wan.. rindu gak kat kawan2.. :(