1) Sumber BERNAMA melaporkan Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar membidas sikap segelintir pihak yang ghairah memperjuangkan kaum sendiri dan mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub sekian lama dalam Perlembagaan negara.
2) Baginda mengumpamakan golongan tersebut sebagai cetek akal. Sultan Ibrahim menyifatkan tindakan bercakap mengikut selera sendiri tanpa meneliti sejarah pembentukan Perlembagaan persekutuan itu akan merosakkan keharmonian kaum di Malaysia.
3) Sultan Johor turut menegaskan bahawa keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu tidak menghalang hak kaum lain, malah kaum lain juga diberi hak dan jaminan dalam Perlembagaan. Ini semua terbentuk hasil dari sikap toleransi yang tinggi pemimpin-pemimpin terdahulu.
4) Titah Baginda, "Belajarlah daripada peristiwa 13 Mei 1969 yang mana kedamaian negara tergadai akibat hilangnya sikap toleransi dan wujudnya golongan pelampau atau ekstremis. Golongan inilah yang menjadi dalang merosakkan kedamaian sesebuah bangsa."
5) Sultan Ibrahim bertitah sedemikian sewaktu merasmikan seminar Perlembagaan Malaysia peringkat negeri Johor di Johor Bahru pada Isnin, 4 Oktober, 2010.
DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU !
Neba2020: Patik bangga memiliki Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Raja dan Penaung kepada kami seluruh rakyat dan anak jati negeri Johor Darul Ta'zim, negeri tercinta penuh berdaulat. Daulat Tuanku ! Semoga ALLAH merahmati Tuanku Sultan dan negeri Johor !
1 comment:
Salam Saudara,
Saya dapati Saudara mendokong usaha "Satu Sekolah Untuk Semua". Adalah baik sekiranya Saudara dapat mempamerkan secara kekal logo Satu Sekolah Untuk Semua di blog Saudara untuk disenaraikan di "e-Patriots in Support" di Portal SSS.
http://satusekolahuntuksemua.wordpress.com/patriotsinsuppor/
Terima kasih.
penyokong SSS-
Post a Comment