Thursday, February 1, 2007

Antara Yang Paling Baik dan Yang Paling Popular

Salam Buat Semua,



Selain politik dan ekonomi, dunia hiburan tempatan juga merupakan antara topik yang menjadi minat saya. Walau mungkin ada di kalangan generasi Malaysia masa kini yang tidak mengambil endah tentang dunia hiburan tanahair tetapi secara peribadi saya tetap merasakan bahawa saya lebih selesa 'mendampingi' hiburan berorientasikan wajah-wajah Malaysia kita dengan serapan bahasa Melayu-bahasa Kebangsaan kita

Tanggal 21 Januari yang yang lalu, berlangsungnya Anugerah Juara Lagu 2006... Juara Lagu bolehlah diibaratkan sebagai anugerah pertandingan mencari lagu terbaik yang paling berprestij di Malaysia ini. Sejarah Juara Lagu telah bermula sejak tahun 1986 lagi. Pada yang meminati lagu-lagu Melayu, pasti ingat atau sekurangnya pernah mendengar sebuah lagu yang bertajuk SEKADAR DI PINGGIRAN. Lagu ciptaan Manan Ngah ini begitu lunak didendangkan oleh seorang penyanyi bukan berbangsa Melayu iaitu FRANCESCA PETER. Maka tertulislah dalam sejarah industri muzik Malaysia bahawa Juara Lagu pertama adalah sebuah lagu nyanyian penyanyi bukan berbangsa Melayu tetapi cukup hebat mendendangkan lagu-lagu berbahasa Melayu. Malah pada malam pertandingan di akhir 1986 itu, Frans (nama timangannya) menggunakan baju Kurung di atas pentas. TAHNIAH ! Beliau memang mempunyai semangat Malaysia yang patut dipuji !Lagu-lagu lain yang pernah menang Juara Lagu di era 1980-an ialah Menaruh Harapan - Zaiton Sameon (1987), Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu - Ramlah Ram (1988) dan Isabella - Search (1989). Lagu dendangan Aishah iaitu Janji Manismu menjadi Juara Lagu pertama untuk dekad 1990-an. Seterusnya adalah seperti di bawah ini:

1991 - Takdir dan Waktu, Mega
1992 - Pada Syurga Di Wajahmu, Nash
1993 - Teratai Layu DI Tasik Madu, Fauziah Latiff
1994 - Tanya Sama Hud-Hud, M Nasir
1995 - Cinta Beralih Arah, Aishah
1996 - Jerat Percintaan, Siti Nurhaliza
1997 - Ghazal Untuk Rabiah, M Nasir & Jamal Abdillah
1998 - Cindai, Siti Nurhaliza
1999 - Andalusia, M NAsir
2000- Balqis, Siti Nurhaliza
2001- Mimpi Laila, Yassin
2002- Keliru, Nurul & Ajai
2003- Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar
2004- Relaku Pujuk, Spider
2005- Gemilang, Jaclyn Victor

Setelah 21 tahun berlalu, sebuah lagu yang cukup merdu dengan pengisian lirik yang berkisar tentang kasih-sayang kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa orang dewasa yang tidak berperi kemanusiaan telah dinobatkan sebagai Juara Lagu bagi tahun 2006. Pastinya lagu berjudul TERLALU ISTIMEWA ciptaan Azlan Abu Hassan itu telah menaikkan 'harga' sang penyanyinya iaitu ADIBAH NOOR. Jika Juara Lagu pertama mempunyai signifikasi cukup tinggi apabila seorang yang bukan berbangsa Melayu berjaya menyanyikan lagu berbahasa Melayu dengan penuh kepujian, Juara Lagu versi tahunnya yang ke 21 telah membuktikan kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa untuk bergelar yang TERBAIK dalam bidang yang kita ceburi bukanlah sekdar bergantung kepada paras rupa, bentuk badan, populariti ataupun nasib semata-mata. Adibah Noor telah membuktikan bahawa BAKAT, USAHA dan KUALITI adalah teras utama dalam kita mengejar impian untuk bergelar yang TERBAIK. Tahniah kepada Adibah Noor kerana beliau berjaya membuktikan kepada semua bahawa kekurangan diri tidak seharusnya merencatkan usaha kita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diminati / dihajati.

Ternyatalah, senarai 21 koleksi lagu-lagu yang pernah menjadi yang terbaik di Malaysia ini adalah himpunan lagu-lagu yang cukup istimewa, berkualiti dan tidak jemu didengar

Pada 4 Februari ini pula akan berlangsungnya satu lagu majlis anugerah yang cukup gah dalam diari industri hiburan Malaysia. Anugerah Bintang Popular 2006 anjuran akhbar Berita Harian akan berlangsung bagi edisinya yang ke 20. Anugerah ini bermula pada tahun 1987 dengan misinya untuk mencari Penyanyi dan Pelakon yang popular. Ia adalah umpama 'pilihanraya besar' untuk penggiat industri hiburan tanahair. Kuasa memilih siapa yang popular adalah ditentukan 100% melalui undian para pembaca akhbar Berita Harian. Mutakhir ini, undian yang diterima daripada para pembaca Berita Harian dikatakan melepasi angka 500,000 borang undian. Maka bolehlah ditakrifkan bahawa ia adalah satu program yang cukup mendapat sambutan daripada penyokong industri hiburan tenpatan.


Mawi telah membuktikan beliau adalah Bintang Paling Popular di Malaysia untuk tahun 2005, Datuk Siti Nurhaliza pernah mencatat rekod sebagai Bintang Paling Popular sebanyak 6 kali ! (1997-2001 dan 2004). Buat info bersama, kategori Artis/Bintang Paling Popular yang mula diperkenalkan pada tahun 1990 pernah mengiktiraf bintang-bintang seperti AISHAH (1990), ZAINAL ABIDIN (1991), EMAN MANAN (1992), SOFEA JANE (1993), M NASIR (1994), ROSHAM NOR (2002) dan SAIFUL APEK (2003) sebagai yang PALING POPULAR di kalangan penggiat seni hiburan Malaysia ini.

Untuk edisi Anugerah Bintang Popular ke 20 ini ramai yang menjangkakan MAWI akan mengekalkan takhtanya sebagai Bintang Paling Popular buat kali kedua. Tetapi masih ada juga yang merasakan 'aura' dan populariti Datuk Siti Nurhaliza adalah tetap utuh di hati penyokong setianya. Namun jangan dipandang sepi pada populariti bintang-bintang muda yang semakin popular dan semakin 'melekat' di hati para peminat.... Siapapun tidak dapat menyangkal bahawa FASHA SANDHA adalah umpama primadona baru dunia lakonan tanahair. Kesemua filem lakonan beliau sejak akhir-akhir ini (NANA TANJUNG, CINTA dan CICAKMAN) mencapai tahap kutipan tiket JUTAAN RINGGIT.



Maka timbul andaian bahawa Anugerah Bintang Paling Popular bagi tahun 2006 yang akan diumumkan pada 4 Februari ini akan menjadi milik antara 3 Personaliti hebat masa kini iaitu MAWI, DATUK SITI NURHALIZA dan FASHA SANDHA...... Siapa pilihan saya, sejak 10 tahun terakhir ini undian saya tetap melekat untuk si penyanyi hebat lagu-lagu seperti PERCAYALAH, BUKAN CINTA BIASA, DIARI HATIMU dan BIARLAH RAHSIA.. Siapa dia...Biarlah Rahsia :)



Ketemu lagi kita, SALAM INSPIRASI

4 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH.. kerana berjaya menghasilkan penulisan yg hebat (lagi!) saudara mmg pandai bermain kata.. layaknya (bkn lagaknya) spt ahli ilmuwan.. semoga di alam realiti, saudara mempraktik'kan kehebatan tersebut jua.. seadanya.. jgn hanya sekadar petah dlm penulisan, tetapi petah juga menghancurkan perasaan orang..

fendy_ahmad said...

Kepada anonymous,

Terima aksih atas respon saudara... Nampaknya 'perang' kata-kata saudara masih penuh dan tiada kesudahannya.... Saya cuma mampu berkata bahawa saya tidak mampu untuk memuaskan kehendak dan harapan semua pihak secara total....

Hanya yang termampu saja mampu saya hujah dan persembahkan buat kepuasan hati majoriti yang senang dengan saya.....

Anonymous said...

Setiap baris tulisan dan bait kata menitipkan segala ungkapan dan bicara Melayu yang penuh dengan sopan dan teratur.
Noor Affandi Bin Ahmad, seorang intelektual yang begitu ghairah dengan 'Malaysia'. Santapan jiwa dan minda hanyalah berteraskan kepada ilmuan dan pemimpin-pemimpin bijak pandai negara,sebagai titik tolak kepada perjalanan yang bermakna....

aishah said...

fendy,

always forgive your enemies; nothing annoys them so much.

-oscar wilde.