Friday, January 5, 2007

Permulaan 2007 .... Azam dan Impian ~~

Salam Buat Semua,


Bertemu kita di Tahun 2007 yang telah selamat (jika definisi selamat di sini adalah 'berjaya dilalui' tanpa masalah besar) dijejaki beberapa hari lalu...
Saya sengaja untuk memulakan garapan pertama bagi tahun baru ini pada tarikh 5 Januari iaitu selepas 5 Hari 2007 ditempuh dengan selamatnya (sekali lagi,definisi selamat di sini adalah 'berjaya dilalui' tanpa masalah besar). Dalam minggu-minggu terakhir 2006 sudah pastinya pelbagai AZAM dan IMPIAN telah direka,digubah,diperindah,dihalusi dan ditanamkan di dalam minda dan semangat dengan 'jayanya.' Pelbagai ayat-ayat indah dan harapan-harapan bertaraf mega telah dipilih dan dijadikan tema perangsang / motivasi untuk menjalani kehidupan sepanjang tahun 2007 ini.

Persoalan yang ingin saya timbulkan di sini ialah; Sejauhmanakah AZAM dan IMPIAN yang dilakarkan pada tahun-tahun yang telah berlalu itu mampu kita capai dan jelmakan menjadi realiti di akhirnya? Sekiranya dibuat dalam bentuk peratusan, berapa PERATUSKAH daripada 'azam-azam' tersebut telah dicapai / mampu dicapai menjelang detik 31 Disember setiap tahun yang berlalu pergi itu?

Sebelum kita melangkah jauh meneroka tahun 2007 dan menjalankan segala bentuk usaha-usaha untuk merealisasikan segala AZAM dan IMPIAN yang telah diGUBAL secara rasmi pada 1 Januari 2007, cuba kenang semula segala AZAM dan IMPIAN kita pada tahun-tahun sebelum ini.... Tercapai? Termakbul? ATAU kita sendiri sudah TIDAK INGAT lagi apa yang diazamkan ketika itu ! Maklumlah, membuat AZAM dan IMPIAN adalah mudah TETAPI merealisasikannya adalah SUKAR, mengingatinya juga adalah PERIT kadang kalanya (angkara AZAM dan IMPIAN tak kesampaian !)...

Sekadar berkongsi, saya berasa bersyukur kerana masih mampu INGAT akan segala AZAM dan IMPIAN yang saya lakarkan pada tahun-tahun terkebelakang ini...

2004

--> 1) Berazam untuk mendapat Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) Pengkhususan Perbankan & Kewangan dengan Kepujian Kelas Pertama

--> 2) Berazam untuk memulakan karier yang bersesuaian dengan kelulusan Ijazah dalam masa kurang 6 bulan selepas tamat semester akhir

Keputusannya:

AZAM 1 : Berjaya dicapai secara rasmi pada 25 Julai 2004 (Konvokasi ke 5 MMU di Dewan Seri Negeri, Melaka)

AZAM 2: Berjaya dicapai pada 16 Ogos 2004 (Lapor diri bekerja di Menara Telekom (TM) KL dan seterusnya ditempatkan di Kolej Latihan Telekom (Kini Kolej Multimedia) di Jalan Semarak, KL. Pada 18 Oktober 2004, saya beralih untuk menjadi ahli akademik di MMU, Melaka

2005

--> 1) Ingin memulakan pengajian di peringkat Sarjana (Masters) dalam Pentadbiran Perniagaan
--> 2) Ingin memiliki sebuah kereta nasional yang pertama direka bentuk dan dicipta enjinnya oleh Malaysia 100%
--> 3) Ingin mendapat penilaian pengajaran (academic evaluation) sentiasa melebihi 4.0 / 5.00 daripada para pelajar

Keputusannya:

AZAM 1: Berjaya dilaksanakan dengan bermula sebagai pelajar 'masters' pada 9 April 2005 melalui program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA).

AZAM 2: Berjaya memperoleh kereta tersebut pada akhir 16 Oktober 2005

AZAM 3: Terima-kasih kepada para pelajar saya, setiap semester mata purata saya adalah melebihi 4.0 :)

2006

--> 1) Menamatkan program 'masters' sebelum akhir 2006
--> 2) CGPA setiap peperiksaan mesti melebihi 3.60
--> 3) Berusaha untuk mendapat tempat mengajar di Fakulti

Keputusannya:

AZAM 1: Secara rasmi program 'masters' berjaya diakhiri pada 12 November 2006

AZAM 2: Walaupun terpaksa membahagikan masa antara bekerja dan belajar, keputusan peperiksaan sentiasa menepati sasaran

AZAM 3: Pada Ogos 2006, setelah melalui pelbagai proses dan usaha-usaha yang kompleks, saya berjaya mengesahkan tempat untuk berada di Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang, MMU Melaka. Proses pengajaran di Fakulti tersebut akan bermula pada akhir Januari 2007.


Apabila dikenang, saya merasakan WAJIB untuk saya memanjatkan jutaan KESYUKURAN kepada YANG MAHA KUASA kerana sepanjang tempoh 3 tahun yang berlalu, saya berjaya mencapai 100% AZAM dan IMPIAN yang saya lakarkan pada 1 Januari 2004, 1 Januari 2005 dan 1 Januari 2006.


Dalam membina AZAM dan IMPIAN, adalah perlu bagi kita untuk membina sesuatu AZAM dan IMPIAN itu berlandaskan faktor-faktor :
* Realistik (mampu dicapai)
* Tidak Memberi Bebanan Yang Hebat
* Tidak Berlandaskan Rasa TERPAKSA
* Selari Dengan Kemampuan Diri dan MINAT
* Keadaan Diri dan Persekitaran Membenarkan Kita Untuk Mencapainya

Bagaimana pula dengan AZAM dan IMPIAN saya bagi 2007 ? Setelah 3 Tahun yang terakhir ini, saya lebih meletakkan kepentingan PERIBADI sebagai jalan penujuan AZAM dan IMPIAN saya, pada tahun 2007 ini lakaran AZAM dan IMPIAN saya adalah lebih memihak kepada IBU dan BAPA tersayang dan juga untuk masa depan saya.....

AZAM 1 --> Peruntukan Tetap yang Lebih Tinggi untuk pemberian kewangan bulanan kepada mak dan encik..
AZAM 2 --> Simpanan Tetap bulanan yang stabil untuk diri sendiri
AZAM 3 --> Mulakan perancangan awal untuk topik dan isu-isu hebat untuk program PHD / kedoktoran yang saya rancang akan bermula dengan serius pada awal 2008.



Akhir kata, moga AZAM dan IMPIAN kita semua untuk tahun 2007 ini akan menghasilkan sesuatu yang positif pada 31 Disember nanti.....
Salam InspiRAsi !!!

No comments: