Salam Buat Semua,
1) Sudah setahun saya tidak menulis di blog ini.
2) 'Mood' 'blogging' nampaknya tidak serancak dahulu.
3) Fenomena Facebook dan Twitter nampaknya telah menenggelamkan populariti blog.
4) Saya sendiri sejak tahun 2010 lebih rancak melayan Facebook. Masa santai 'online' lebih diperuntukkan untuk Facebook.
5) Kawan-kawan yang dahulu kaki 'blogging' amatur juga telah lama sepi dan senyap.
6) Antara Mac 2008 dan Mac 2012 terasa seperti baru semalam berlalu.
7) 8 Mac 2008 berlakunya tsunami politik di Malaysia.
8) Sebelum Disember 2004, orang Malaysia tak faham apa itu tsunami.
9) Tsunami 2004 menyebabkan ribuan manusia mati kerana pergerakan air laut yang luar biasa menghentam permukaan pantai. Di Pulau Pinang dan Kedah ramai juga yang menjadi mangsa.
10) Tsunami politik 2008 menyaksikan Barisan Nasional (BN) masih mempertahankan Putrajaya tetapi hilang mandat 2/3 daripada rakyat. Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Perak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menyaksikan rakyatnya secara majoriti menolak BN dan memberikan kepercayaan kepada gabungan DAP, PKR dan PAS (Pakatan Rakyat). Walaubagaimanapun, BN tetap 'solid' di Johor, Sabah, Sarawak, Pahang, Perlis, Terengganu dan Melaka. Negeri Sembilan kekal di tangan BN tetapi pengaruh DAP dan PKR cukup kuat. Perak jatuh ke tangan gabungan Pakatan Rakyat (PR) tetapi tipis sahaja kerana BN melalui UMNO masih kuat di sana. UMNO juga masih menang banyak di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. MCA, GERAKAN dan MIC lingkup teruk sewaktu tsunami politik 2008.
Neba2020: 4 tahun berlalu, masanya sudah semakin hampir untuk pertarungan baru !