tag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post4026923734777831810..comments2023-05-21T16:32:39.849+08:00Comments on Pesan Cikgu ~~: Doa Buat Seorang Bapa dan Doa Cucu Buat Atukfendy_ahmadhttp://www.blogger.com/profile/07749708541546556868noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-4010236935538131750.post-23077213879170991062007-09-07T15:13:00.000+08:002007-09-07T15:13:00.000+08:00Berikut adalah komen langsung Dato' A. Kadir Jasin...Berikut adalah komen langsung Dato' A. Kadir Jasin di weblognya < www.akadirjasin.com > sendiri berkenaan dengan pengajaran-pengajaran bermakna yang patut kita renungkan daripada kisah pembedahan jantung Tun Dr. Mahathir pada 4 September, 2007:

A KADIR JASIN said...
Para pembahas dan pelawat dihormati,

Terima kasih atas sumbangan saudara dan saudari semua.

Kata Pn Marina Mahathir dalam blognya, Tun sudah sedar dan akan dimaklumkan mengenai apa yang kita kata dalam pelbagai blog.

Saya ingin berkongsi sedikit pendangan mengenai apa yang saya pelajari mengenai latar belakang pembedahan Tun kali ini.

Satu perkara yang tidak banyak diperkatakan adalah peristiwa belakang tabir yang membawa kepada pembedahan jantung kali kedua ke atas Tun.

Pada usia beliau, risiko semestinyalah lebih tinggi. Kalau boleh, doctor cuba mengelakkannya. Tetapi, selepas serangan jantung ketiga yang berlaku di Langkawi, Tun sendiri membuat “review” ke atas kesihatannya.

Setelah berunding dengan kumpulan asal doktor yang melakukan pembedahan ke atasnya pada tahun 1989 dan dengan rujukan kepada hospital jantung terkenal di Amerika, Mayo Clinic, Tun mengambil keputusan untuk sekali lagi menyerahkan nyawanya kepada anak bangsa.

Demikianlah tebalnya keyakinan Tun kepada kebolehan pakar-pakar perubatan anak watan. Dia tidak teragak-agak atau bergegas ke luar negara mendapatkan rawatan.

Dia yakin dengan sepenuh hati kepada anak bangsa seperti Tan Sri Dr Yahya Awang, Dato Seri Dr. Robaayah Zambahari, Dato Dr Rozali Wathooth, Dato Dr Azhari Yakub, Dato Dr Venugopal Balchand, Dr Mohamed Ezani Mohd Taib.

Dato Dr Zaki Morad Mohd Zaher, Dr Ghazali Ahmad, Dr S Ganeshanathan, Dato Dr Mohd Hassan Mohd Ariff, Dr Sharifah Suraya Syed Tahir, Dato Dr Syed Abdul Aziz Syed Zain dan Dr Nor Azlina Abdul Jalil serta para petugas bantuan IJN.

Hanya seorang sahaja pakar asing yang terbabit iaitu Prof Dr Hartzell Schaff dari Mayo Clinic.

Bagi Tun, apa yang baik bagi rakyat Malaysia adalah baik bagi beliau. Justeru itu, belaiu memilih untuk dibedah oleh para doktor yang sama yang membedah ribuan rakyat Malaysia yang miskin dan kaya di IJN dan di pelbagai hospital di negara ini, walaupun dia cukup sedar bahawa risiko pembedan kali ini adalah lebih tinggi kerana usianya yang sudah lanjut.

Inilah Tun Dr Mahathir pelopor “Malaysia Boleh” dalam bentuknya yang paling unggul dan mutakhir. Dia menjadikan jasat, nyawa dan rohnya sebagai “proving ground” kepada kebolehan anak watan dalam bidang perubatan sama seperti keyakinan beliau kepada kebolehan anak-anak bangsa dalam bidang-bidang lain.

Soalnya, apakah teladan insan bernama Mahathir bin Mohamad ini terlalu sukar untuk dicontohi sehingga ada anak-anak didiknya sendiri yang tergamak mencuba untuk mematikan dan melenyapkan legasinya?

Marilah kita berfikir dan bertindak. Bukan untuk Tun, tetapi untuk kita semua dan yang lebih utama untuk anak cucu kita.

Berdosa dan hina jika legasi yang kita tinggalkan adalah kegagalan, kedaifan dan kehambaran.

Terima kasih.fendy_ahmadhttps://www.blogger.com/profile/07749708541546556868noreply@blogger.com