Wednesday, July 21, 2010

Bersihkan Hati Dengan Bantuan Makcik Cleaner dan Pak Guard

Salam Buat Semua,

1) Senyumlah kepada orang di sekeliling kita.

2) Senyum dan ringankan mulut untuk bertanya khabar pada 'makcik cleaner.'

3) Angkat tangan dan senyumlah kepada pengawal keselamatan yang 'menyambut' kehadiran kita yang sedang memandu memasuki premis tempat bekerja.

4) Letakkanlah tong sampah di luar pejabat apabila ianya penuh untuk dikumpulkan 'makcik cleaner.'

5) Sewaktu 'makcik cleaner' membersihkan pejabat kita, janganlah kita senyap sahaja dan buat muka tiada perasaan. Anda ingat 'makcik cleaner' itu bisu atau suka dengan perangai endah tak endah anda itu?

6) Sentiasalah menitipkan ucapan terima kasih buat 'makcik cleaner' selepas dia selesai membersihkan pejabat kita. Senyum jangan dilupa.

7) Ucapkanlah terima kasih sewaktu menerima makanan atau baki wang daripada penjual makanan/minuman di kafeteria / kedai makan. Muka mesti senyum dan ceria.

8) Pengawal keselamatan yang dipanggil 'pakcik guard, makcik guard, adik guard, brother guard' itu semuanya manusia dan layak untuk kita hormati serta layak untuk menerima senyuman ikhlas daripada kita. Anda ingat anda sudah jadi Raja atau orang paling kaya di dunia untuk berlagak?

9) 'Makcik cleaner' itu juga manusia yang wajar kita hormati juga kasihi, layak untuk menerima kata-kata perbualan ringkas juga senyuman manis daripada kita. Apa anda ingat anda sudah terlalu 'besar' untuk tidak layak berborak atau bertanya khabar dengan seorang 'makcik cleaner' ?

10) Kita selalu tidak perasan bahawa kita ada ego, sombong, keras hati dan mungkin juga 'busuk jiwa' dengan mengambil pendekatan tidak menghiraukan mereka dengan alasan 'itu memang kerja dia!' Tanyalah diri sendiri, maaflah jika dikatakan bahawa seandainya sehingga ke hari ini kita memang jarang sangat / tidak pernah mempraktiskan perkara (1) hingga (7) di atas, kita memang tanpa disedari telah dijangkiti penyakit jiwa, hati kita agak kotor dan perlu 'dibersihkan.'

Neba2020: Paling susah untuk dijaga ialah hati, paling rumit untuk difahami ialah penyakit hati, paling payah untuk diajar dan dikawal ialah kehendak hati, paling mudah untuk merosakkan perangai kita juga adalah hati yang keras, hati yang terlalu mementingkan diri sendiri....

Tuesday, July 13, 2010

MMU Terbaik !

Salam Buat Semua,

1) Laporan agensi berita rasmi negara iaitu BERNAMA adalah dirujuk.

2) Kajian rasmi pihak Kementerian Pengajian Tinggi memperakui Multimedia University (MMU) sebagai institusi pengajian swasta terbaik di Malaysia sekaligus meninggalkan di belakangnya 'universiti-universiti impot' bertaraf antarabangsa seperti Curtin University of Technology (kampus Sarawak) dan Monash University (kampus Sunway).

3) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) menduduki senarai teratas untuk kategori institusi pengajian tinggi awam. UIA diikuti rapat oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM) untuk 3 posisi terbaik.

4) Secara peribadi, saya amat gembira dengan hasil laporan kajian tersebut. Saya pernah menuntut ilmu di MMU dan kini saya adalah 'cikgu' di tempat yang sama juga.

5) 10 tahun lepas sewaktu saya mendaftar diri sebagai pelajar program asasi di MMU, namanya belum cukup gah lagi. Sebut MMU tidak ramai yang kenal, terpaksalah disebut sebagai UNITEL (Universiti Telekom). Itupun ramai yang memandang rendah kepada nama tersebut. Selepas 10 tahun, segalanya sudah berbeza dan MMU semakin dikenali dan diiktiraf. Saya bangga !

MMU Named Top Private Malaysian University

Putrajaya, 12 July 2010 - The Minister of Higher Education, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, yesterday announced eighteen top Malaysian universities. According to the rankings released to Bernama, topping the public universities was International Islamic University Malaysia. Leading the category for private institutions was Multimedia University. Professor Dr. Zaharin bin Yusoff, President of MMU, admitted his surprise at the news. "Like any university in Malaysia," he said, "we're just trying to dowhat is best for our students and our stakeholders."

"Our strategies so far have included formulating the best academic programmes we could think of, and creating an environment to produce the most marketable graduates in the country. I am pleased that the people whose opinions we care for agree that we're doing the right thing," Prof. Zaharin said.

The ranking system categorized institutions into one of six tiers."Tier-6" or Distinction, "Tier-5" (Excellent), "Tier-4" (Very Good),"Tier-3" (Good), "Tier-2" (Satisfactory), or "Tier-1" (Weak). MMU is inTier-5, along with 17 other institutions. 25 universities are in Tier-4, and four in Tier-3. However, Prof. Zaharin is quick to stress that MMU must not allow this achievement to "get to our heads", as other private universities in Malaysia are also extremely capable. He cautions, "If anything, this announcement will only spur others to try and knock us off the top."

"We must pay attention to the fact that absolutely no university earned Tier-6, no one got Distinction. This means there is still room for improvement for everyone, MMU included," Prof. Zaharin said. The ranking is formally known as the Rating System for Institutions of Higher Learning (Setara), and is outlined by the Malaysian Qualifications Agency (MQA). 2009's exercise was led by Prof. Muhammad Jantan of Universiti Sains Malaysia. The system assessed 25 criteria covering the input, process, and output of the universities. This is the first time the rankings covered both public and private universities.

Public universities in Tier-5 are International Islamic University Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia and Universiti Teknologi Mara.

Private Tier-5 institutions are Multimedia University, Universiti KualaLumpur, Universiti Teknologi Petronas, Sunway University College, Curtin University of Technology (Sarawak campus), Monash University (Sunway campus), Taylor's University College, International Medical University, Swinburne University of Technology (Sarawak campus), Nottingham University(Malaysian campus) and Management and Science University.

Neba2020: Hargailah tempat di mana kita menuntut ilmu dan di mana kita mencari rezeki. Jangan hanya tahu membuat komplen tetapi tidak tahu menyumbang kepada sesuatu yang lebih baik .... Bersyukur dengan apa yang ada dan cuba mencari sudut baiknya adalah lebih terpuji daripada sentiasa merasa tidak puas hati dan nampak sisi negatifnya semata-mata ....

Friday, July 2, 2010

3 Budak Cina Ganu Sedang 'berFacebook'

Salam Buat Semua,

1) Saya melayari Facebook di sekitar jam 2 petang, 2 Julai, 2010.

2) Tertarik pula melihat status anak murid saya yang bernama Goh Wei Loon. Anak Ganu seorang ini baharu saja menamatkan pengajian Ijazahnya di Multimedia University (MMU).
Cikgu doakan kamu dapat kerja yang bagus sebab kamu memang budak yang berkualiti!

3) Dia sedang rancak nampaknya berbalas respon status dengan 2 lagi sahabatnya, pastinya sama-sama berbangsa Cina dan kesemuanya anak jati Ganu (Terengganu Darul Iman).

4) Wei Loon dan sahabatnya saya yakin amat fasih dan bagus berkomunikasi di dalam Bahasa Kebangsaan.

5) Ini barulah namanya 1Malaysia dan rakyat Malaysia sejati! Paling penting, mereka layak digelar anak Ganu sejati lagi terpuji.

STATUS - Goh Wei Loon Pening... Pening... Banyak perkara-perkara yang tertunggak... :(

Johnson Chuah apa tu? boleh aku bantu dok?
Goh Wei Loon Hahaha.. mung nok bantu... kekgi aku kabor mung...
Johnson Chuah okok..
Goh Wei Loon boss.. kekgi u pandu gi futsal?
Johnson Chuah yeah.. gi dengan aku la..
Goh Wei Loon okeh boss.. bereh...
Goh Cq bobeh just now go where, nampak u tu
Johnson Chuah loon: ok.. bawa adik mu sekali.. goh: har? mane u nampak aku?
Goh Cq u dint see me, i thought u see me sad... at shenton la, ada 1 budak driving stream
Johnson Chuah oh.. juz now went to shop to take somting.. haha.. i din saw u wo.. hahahaha..
Goh Cq no heart lo u
Goh Wei Loon FOe, selamat menyambut hari kemerdekaan... :)
Goh Cq merdeka? got paper work lagi leh
Goh Wei Loon Haha... paper work blow saja.. tak susah langsung....
Johnson Chuah haha.. ya lo.. u so pro.. ei, later belanja us la.. celebrate ma.. haha..
Goh Cq belanja ar? poor like shit doh, pump oil till i pokai doh..
Johnson Chuah owoh~ u said till like tat.. sad lo..
Goh Cq :( tak dok earning ma.. need to pay car lagi
Goh Wei Loon Toshiba besor ohh... Pintu gate 10 ribu.. hmmppp... sudoh budok nih...
Goh Cq the company i work lagi besor
Johnson Chuah mu piti banyok kan..
Fendy Ahmad ewah ewahhh, mu berduo ghoyak ganu nampak wehh ... hehehehe.. ketawa saya sorang sorang membacanya doh
Goh Cq bayo kete, inim itu, botok doh la
Johnson Chuah lebong kuat betul..
Goh Wei Loon Cikgu.. semue kat nih anok jati ganu wehhhh.... Haha Johnson: Kawang mu sorang tuu mmg kuat lebong... dok lebong sehari.. dok soh..
Fendy Ahmad pening aku dengar ! ehh, pening aku baca budok2 ni punya diskusi... sib baik BM Johor standadr saja .. hahahaa
Fendy Ahmad lebung tu apo ghetinya (ertinya) wehh
Johnson Chuah lebong = pandai tipu.. hari-hair tipu.. hahaha..
Johnson Chuah *hari-hari
Fendy Ahmad oo tipu... ini tak pernah dengar punya perkataan... thanks for the info... hahaha
Johnson Chuah haha.. u're welcome..
Goh Wei Loon Haha.. Lebong tuu tipu yang melampaui batas.. Keunikan 3 negeri yang mempunyai dialek sendiri, jumaat tidak bekerja.. Keistimewaan tersendiri, cikgu..

Neba2020: Satu Malaysia, Satu Negara, Satu Komunikasi, Satu Keyakinan .... Malaysia Boleh!

Petrol Naik 1 Julai 2010 !

Salam Buat Semua,

1) Entah mana sumbernya secara tanpa diundang, heboh sesetengah rakyat mengatakan bahawa harga petrol RON95 yang berada pada harga RM1.80 seliter akan dinaikkan menjelang 12 malam, 1 Julai,2010.

2) 'Berkeliaranlah' berita tidak rasmi yang agak kencang bunyinya di kalangan rakyat biasa pada 29 dan 30 Jun, 2010 sekaligus 'menggalakkan' mereka untuk memenuhkan tangki minyak sebelum kenaikan berlaku. Dengan kecanggihan dunia komunikasi, 'berita' itu tersebar dengan mudahnya di pelbagai medium perantaraan seperti Yahoo Messenger, MSN Messenger dan Facebook.

3) Saya menerima banyak 'nasihat dan gesaan' rakan-rakan yang menyuruh memenuhkan tangki minyak tetapi semuanya saya sambut dengan respon 'senyum dan bisu.' Saya tidak merasakan bahawa berita itu adalah benar dan tidak juga memikirkan bahawa adanya keperluan untuk saya bergegas ke stesen minyak secara tergesa-gesa. Saya 'faham benar' dengan cara Perdana Menteri ke 6 berfikir! Dia 'berhati perut' sebenarnya walaupun ramai yang cuba untuk menafikan kebenarannya.

4) Kepimpinan Perdana Menteri Mohd. Najib Abdul Razak rasanya sudah 'banyak belajar' daripada kaedah pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi berhadapan dengan 'krisis subsidi minyak' dahulu. Seandainya kenaikan harga petrol tidak dapat dielakkan, adalah diyakini bahawa Perdana Menteri Mohd. Najib akan mengumumkannya lebih awal sebelum ianya dilaksanakan. Beliau pastinya tidak akan cuba mengujudkan situasi panik di kalangan rakyat seperti apa yang Perdana Menteri Abdullah lakukan pada tahun 2006 dan 2008 dahulu.

5) Bukti kewarasan Perdana Menteri Mohd. Najib dalam menguruskan 'sentimen rakyat' ini dapatlah dilihat kepada keterbukaannya untuk 'membuka' ruang perbincangan sebelum keputusan akhir dicapai terhadap cadangan-cadangan awal yang melibatkan Model Ekonomi Baru, penghapusan peperiksaan awam (UPSR dan PMR) dan pemberian lesen judi sukan kepada syarikat dibawah naungan Vincent Chan.

Neba2020: Jangan panik tidak bersebab andainya yang dikejar itu hanyalah keuntungan jangka masa pendek yang akan cepat hilang, cubalah untuk hidup di bawah naungan rasa tenang dan aman jiwa selalu....